Tawaran Program Diploma Perguruan Malaysia Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak KPM Di IPG

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menggandakan usaha melalui pelbagai inisiatif dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya pendidikan prasekolah.

Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) diperkenalkan untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum diploma dalam bidang PAKK bagi semua  guru prasekolah di Malaysia.  Program ini ditawarkan di kampus terpilih institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara,

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)
  • Mod Program: Sepenuh masa (secara fizikal & secara dalam talian)
  • Tempoh pengajian: 2 tahun (6 semester)
  • Tempat pengajian: Institut Pendidikan Guru (IPG)
  • Pengambilan: Oktober 2022
  • Penginapan: TIDAK DISEDIAKAN

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat pada:

  • 26 Julai 2022 (Selasa) Sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat)

MATLAMAT PROGRAM

Program pengajian yang ditawarkan bertujuan untuk:

  • memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan
  • melahirkan guru Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pendidik.

Guru-guru yang telah menamatkan pengajian akan ditempatkan semula di tadika masing-masing.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan bagi kemasukan program yang ditawarkan:

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Sedang berkhidmat serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan KPM

Syarat Akademik

  • Memiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris;
    ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM;
    ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM;
    ATAU
  • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Pengasuhan Awal Kanak-kanak/ Prasekolah serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM;
    ATAU
  • Lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

LOKASI KAMPUS IPG TERPILIH

10 kampus IPG yang menawarkan program PDPM PAKK guru tadika swasta:

  • IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau PinangIPG Kampus Bahasa Melayu, WP Kuala Lumpur
  • IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
  • IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
  • IPG KampusTemenggong Ibrahim, Johor
  • IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang
  • IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
  • IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak
  • IPG Kampus Gaya, Sabah
  • IPG Kampus Tawau, Sabah
  • IPG Kampus Keningau, Sabah

CARA MEMOHON

Orang ramai yang berminat dengan program yang ditawarkan boleh buat permohonan sehingga 26 Ogos 2022. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online yang disediakan di  bawah:

Pemohon mestilah muat naik dokumen-dokumen berikut dalam borang pendaftaran:

  • Salinan Kad Pengenapan (depan sahaja)
  • Salinan Surat Lantikan Guru / Surat Pengesahan guru daripada majikan
  • Salinan Sijil SPM/ SPM(V)/ SPMV/ SMA/ SMU/ STPM/ STAM
  • Salinan Sijil APEL (sekiranya ada)
  • Salinan Permit Mengajar Yang Sah

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 03-8312 5720/ 6733/ 6693 atau hantar email ke alamat jpp@ipgm.edu.my. Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman https:www.moe.gov.my/.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma