Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma GMI Sesi Julai 2022 Dibuka Buat Lepasan SPM

Oleh Cikgu Shaari • May 25, 2022 • 3 min baca

Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma GMI Sesi Julai 2022 Dibuka Buat Lepasan SPM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pada tahun 1991, German-Malaysian Institute (GMI) iaitu sebuah pusat latihan berasaskan kemahiran telah ditubuhkan. GMI menyediakan latihan praktikal dan teori yang komprehensif serta seimbang. Institut ini menawarkan pendidikan kejuruteraan, dengan peluang untuk pengkhususan dan pembelajaran serta pembangunan kendiri.

Bagi lepasan Sijil Pendidikan Menengah (SPM) yang berminat nak sambung pengajian di GMI, pengambilan bagi sesi kemasukan Julai 2022 kini telah dibuka! Calon yang berminat boleh buat permohonan sekarang dengan menggunakan keputusan percubaan SPM.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan kemasukan ke GMI.

PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA DI GMI

Berikut adalah senarai program pengajian peringkat Diploma yang ditawarkan di GMI:

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)
  • Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)
  • Diploma In Network Security
  • Diploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)
  • Diploma In Autotronics Engineering Technology
  • Diploma in Creative Multimedia
  • Diploma in Software Engineering

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)
  • Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)
  • Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)

KEMUDAHAN DAN MANFAAT PENGAJIAN GMI

Antara kemudahan dan manfaat mengikuti pengajian di GMI adalah:

  • Tajaan MARA: Bantuan yuran pengajian dan duit poket sebanyak RM630 setiap bulan (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
  • Diskaun pembayaran balik sehingga 85% (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
  • Kelengkapan pembelajaran praktikal.
  • Penginapan pelajar dan persekitaran.
  • Pembelajaran 70% praktikal dan 30% teori.
  • Peluang melanjutkan pengajian ke universiti dalam dan luar negara.
  • Kolaborasi bersama 14 pusat teknologi hasil.

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN GMI

Tawaran kemasukan pengajian di GMI adalah terbuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Lulus SPM (atau percubaab SPM)
  • Memperoleh keputusan lebih 3 kredit termasuk mata pelajaran berikut:
    i) Matematik
    ii) Sains/ mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/ Teknikal
    iii) Satu subjek lain
    iv) Lulus Bahasa Inggeris

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program pengajian ditawarkan di GMI dan memenuhi syarat kelayakan berikut, anda boleh buat permohonan kemasukan GMI sesi Julai 2022 yang telah dibuka. Permohonan boleh dibuat secara online dengan ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke laman permohonan https://www.gmi.edu.my/onlineapp
  2. Daftar pengguna bagi yang belum pernah log masuk
  3. Selesai daftar, log masuk menggunakan nombor kad penganalan dan kata laluan
  4. Isi maklumat permohonan yang diperlukan
  5. Pilih program pengajian, lengkapkan permohonan dan hantar permohonan setelah permohonan lengkap

Untuk maklumat lanjut berkenaan kemasukan ke GMI, anda boleh hubungi talian 03-8921 9164 atau terus ke laman.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.