Program BUDI MARA: Bantuan Pendidikan & Kewangan Buat Pelajar MRSM

Tahniah buat calon Maktab Rendah Sains MARA(MRSM) yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2021. Bagi yang masih belum buat semakan, anda masih boleh semak melalui pautan yang disediakan. Rujuk DI SINI untuk panduan lengkap membuat semakan tawaran kemasukan MRSM.

Tahukah anda, MARA  menyediakan bantuan menerusi Program BUDI MARA buat pelajar MRSM yang layak? Program ini menyediakan bantuan kewangan bagi membiayai persekolahan kepada pelajar B40 di MRSM.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Program BUDI MARA buat pelajar MRSM.

PROGRAM BUDI MARA

Program BUDI MARA mula dilaksanakan pada tahun 2016 yang merupakan kesinambungan daripada program Bantuan Khas (PBK) yang dilaksanakan oleh pihak MARA dari tahun 2005 hingga 2015.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mensasarkan 60% pelajar B40 yang ditempatkan di MRSM seluruh Malaysia untuk menerima bantuan menerusi Program Budi MARA. MARA mensasarkan penerima bantuan BUDI MARA sebanyak 300 orang pelajar setiap tahun.

OBJEKTIF PROGRAM BUDI MARA

MARA menyediakan bantuan ini kepada pelajar MRSM dengan matlamat untuk:

  • Menyediakan bantuan kewangan bagi membiayai persekolahan kepada pelajar B40 di MRSM
  • Menyediakan Program Pembangunan Sahsiah & Akademik kepada pelajar yang menerima bantuan BUDI MARA

BENTUK BANTUAN

Bantuan BUDI MARA akan diberikan kepada pelajar yang layak dalam pelbagai bentuk seperti berikut:

Program BUDI MARA: Bantuan Pendidikan & Kewangan Buat Pelajar MRSM

SYARAT KELAYAKAN

Pelajar MRSM akan dipilih untuk menerima bantuan BUDI MARA berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan berikut:

  • Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA
  • Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM1,500
  • Mempunyai 5 tanggungan ke atas (termasuk ibu bapa/penjaga)
  • Program outreach akan dilaksanakan ke rumah pelajar oleh Pegawai MARA negeri (PMN) atau Pegawai MARA Daerah (PMD) untuk siasatan kediaman pelajar dan penilaian status ekonomi keluarga

PROSES PEMILIHAN

Pelajar tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana pihak MARA akan membuat pemilihan pelajar yang layak menerusi proses-proses tertentu. Berikut adalah proses pemilihan pelajar yang layak:

Program BUDI MARA: Bantuan Pendidikan & Kewangan Buat Pelajar MRSM

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibu bapa dan calon yang akan memasuki MRSM pada tarikh yang ditetapkan dalam mendapatkan info berkenaan Program BUDI MARA. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman Facebook Majlis Amanah Rakyat.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma