Biasiswa

Tawaran Program Biasiswa Panasonic 2021 Kini Dibuka

April 30, 2021Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Tawaran Program Biasiswa Panasonic 2021 Kini Dibuka

Pelajar yang sedang meneruskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang berminat untuk dapatkan biasiswa Panasonic kini boleh buat permohonan melalui borang yang disediakan sehingga akhir bulan Jun 2021.

Permohonan dibuka kepada semua pelajar Warganegara Malaysia yang berminat dan mencapai keputusan akademik yang cemerlang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program biasiswa yang ditawarkan.

TEMPOH PERMOHONAN

Program Biasiswa Panasonic tahun 2021 dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup: 30 Jun 2021

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Pelajar IPT bagi kemasukan 2020/2021
  • Warganegara Malaysia
  • Mengikuti bidang pengajian Engineering (Kejuruteraan)
  • Mendapat keputusan cemerlang: CGPA 3.0 dan ke atas
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000 sebulan

Tawaran Program Biasiswa Panasonic 2021 Kini Dibuka

CARA MOHON

Pelajar yang berminat boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 30 Jun 2021. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di bawah dan hantar ke alamat berikut:

  • Panasonic Scholarship
    Panasonic Management Malaysia
    (A division of Panasonic Malaysia Sdn Bhd)
    Lot 10, Jalan 13/2, 46200 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan
    ATAU
  • Email kepada: mangyih.chong@my.panasonic.com

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi Ms Chong di talian 03 79662803. Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan biasiswa Panasonic:

BORANG PERMOHONAN BIASISWA PANASONIC

Topik artikel ini
Biasiswa
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda