Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

HRDF: Tawaran Program Keusahawanan Percuma Buat Graduan Menganggur. Elaun RM500 Diberi

Oleh Cikgu Shaari • March 1, 2021 • 2 min baca

HRDF: Tawaran Program Keusahawanan Percuma Buat Graduan Menganggur. Elaun RM500 Diberi
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Emerging Entrepreneurial Employment (3E) akan dijalankan secara ”Face to Face Training” seramai 25 orang peserta dan akan berlangsung selepas tamat tempoh PKP , dan Program ini akan di buat di negeri KL/Selangor (tertakluk kepada perubahan mengikut situasi PKP & Covid-19).

Program ini adalah sebuah inisiatif hasil kerjasama Agensi Kerajaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau dikenali sebagai HRDF dan JNJ Group secara PERCUMA yang DIKHUSUSKAN kepada lepasan graduan yang mahu mengasah kebolehupayaan skil sedia ada atau menjana sumber pendapatan sebagai usahawan.

Matlamat utama program ini adalah untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan di Malaysia. Nak tahu lebih lanjut berkenaan program yang ditawarkan, ikuti perkongsian di bawah.

PROGRAM DITAWARKAN

Program ini diatur dengan kerjasama daripada syarikat-syarikat dalam industri yang akan melengkapkan peserta berdasarkan aras ukur industri bagi meningkatkan lagi nilai kebolehpasaran mereka. Para peserta juga akan mendapat manfaat dari segi ilmu ilmu keusahawanan yang boleh dimanfaatkan sejurus selepas tamat tempoh latihan.

Peserta akan mengikuti program Business Process Outsourcing Industri (CRoP) meliputi:

  • Soft Skills
  • Business Management
  • Monetization

KELEBIHAN PROGRAM

Peserta program akan menerima:

  • Elaun RM500 diberikan untuk mereka yang menamatkan pengajian

SYARAT PERMOHONAN

Graduan yang layak mengikuti program yang ditawarkan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Graduan Lepasan Diploma/Ijazah
  • CGPA 2.00 ke atas
  • Tamat pengajian dari tahun 2019 hingga 2021
  • Tidak bekerja selama 3 bulan sehingga 3 tahun selepas tamat pengajian

CARA DAFTAR

Graduan yang berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh isi borang pendaftaran secara online sekarang. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi pihak bertugas di saluran berikut:

  • Tel: 0196650616 (Ms Aimuni)
  • Email: noraimuni.jnjgroup@gmail.com
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.