Kedai Gambar Tak Buka? Ini Cara Shoot & Print Gambar Passport Sendiri. Kos Tak Sampai RM2
Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak kedai dan perniagaan yang terpaksa ditutup sementara. Memandangkan kes penularan wabak Covid-19 di negara kita masih tidak menunjukkan hasil yang positif, kemungkinan lambat lagi semua perniagaan nak beroperasi seperti biasa.
Ibu bapa pula dah mula pening apabila guru minta gambar passport anak-anak. Individu yang perlu berurusan seperti temuduga dan sebagainya pun pasti buntu macam mana nak dapatkan gambar passport kalau kedai tak buka?
Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat sendiri sahaja di rumah dengan kos tak sampai RM2! Idea kreatif ini dikongsikan oleh pengguna Facebook Nana Ruzanna. Ikut panduan shoot & print gambar passport sendiri di rumah.
Isi Kandungan
APA YANG ANDA PERLUKAN
Sehelai kertas print boleh dapat 32 keping gambar passport. Kos tak sampai RM2 pun! Kalau buat kat kedai 4 keping gambar dan RM16. Bila buat sendiri, gambar pun lebih menepati citrarasa, boleh ambil masa yang tenang untuk tangkap gambar.
Ambil gambar sampai puas hati, terus print! Jadi apa yang anda perlukan untuk buat gambar passport sendiri?
1) Smartphone
Tidak kisah apa pun jenis telefon pintar yang digunakan, asalkan mampu mengambil gambar dengan resolusi yang cantik dan jelas. Boleh juga guna flash untuk pencahayaan yang lebih cantik atau pergi sahaja di tempat yang terang.
2) Aplikasi ID Photo Di Phone/ Komputer
Pastikan anda install aplikasi ID Photo di telefon atau komputer anda. Mudah, background dan size semua anda boleh pilih. Tak perlu tutup dinding atau cari latar belakang biru dah.
Pengguna Android boleh cuba download aplikasi Passport Size Photo Editor.
3) Printer Dengan Ink Berwarna
Tidak kisah jenama apa yang anda gunakan, asalkan ada setting untuk glossy paper.
4) Photo Glossy Paper
Dalam musim PKP ini anda boleh beli online sahaja, lebih mudah. Buka platform Shopee atau Lazada ada jual dan hanya di bawah RM10 boleh dapat dalam 20 keping kertas glossy. Murah sahaja!
CARA PRINT GAMBAR PASSPORT SENDIRI
Dah ada semua yang diperlukan di atas? Ikut langkah berikut untuk print gambar sendiri:
- Buka aplikasi ID Photo di telefon bimbit anda
- Tangkap gambar menggunakan camera yang tersedia di aplikasi tersebut
- Set glossy paper kat printer
- Masukkan glossy paper di printer anda
- Print gambar yang ditangkap tadi mengikut saiz passport yang ditetapkan
- Gunting gambar mengikut saiz yang ditetapkan
Siap! Dah dapat gambar passport sendiri. Mudah kan? Lepasni dah tak perlu membazir print gambar kat kedai jika anda dah ada semua yang diperlukan. Gambar pun lebih cantik dan mengikut kehendak masing-masing.
Semoga bermanfaat!