Adakah Ibu Mengandung Mudah Ditawarkan Kerja Kerajaan/ Swasta? Baca Penjelasan Ini
Kita sering mendengar bahagwa calon wanita yang telah berkahwin memang sukar mendapat tempat di sektor awam. Memang sering juga anggapan-anggapan seperti ini wujud dalam diri calon hasil daripada cerita-cerita khabar angin oleh rakan-rakan mereka.
Ada juga yang cakap calon bujang lebih berpeluang untuk dapat penempatan kerja kerajaan kerana beranggapan kurang komitmen hidup yang akan memudahkan mereka buat kerja nanti. Betul ke? Bagaimana pula dengan calon yang mengandung?
Baca: Calon Bujang Atau Yang Dah Berkahwin Lagi Mudah Dapat Kerja Kerajaan? Baca Penjelasan Ini
Bagi calon yang mengandung, anda boleh ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui potensi untuk dapat kerja kerajaan atau swasta.
Isi Kandungan
POTENSI DAPAT KERJA KERAJAAN BAGI CALON MENGANDUNG
Menurut pemerhatian daripada calon-calon yang berjaya mendapat lantikan dalam sektor kerajaan, sebenarnya TIADA MASALAH pun dengan status perkahwinan calon.
Status perkahwinan TIDAK MENGHALANG dari seseorang calon untuk mendapatkan kerja di sektor awam. Sudah terbukti ramai kakitangan awam dari golongan wanita yang telah berkahwin berjaya memasuki sektor awam.
Bagaimana pula dengan calon yang mengandung, adakah susah untuk calon yang mengandung dapat kerja kerajaan?
Jadi anda tidak perlu risau, tiada diskriminasi dalam pemilihan calon. Calon yang mengandung juga tidak perlu risau susah dapat kerja kerajaan kerana anda tidak terkecuali ya. Anda hanya perlu buat yang terbaik dalam temuduga, pasti akan dipilih untuk dapat lantikan.
POTENSI DAPAT KERJA SWASTA BAGI CALON MENGANDUNG
Berbeza dengan sektor awam, majikan dalam sektor swasta biasanya akan menilai status perkahwinan calon. Banyak syarikat yang tidak menawarkan pekerjaan untuk ibu hamil kerana pelbagai sebab. Antara sebab utama adalah keraja mereka akan memohon cuti bersalin yang panjang.
Perlu ke bagitahu majikan bahawa anda mengandung? Jawapannya adalah bergantung kepada anda sendiri sama ada ingin memberitahu terus kepada majikan atau tidak.
Sekiranya anda memilih untuk mendedahkan kehamilan semasa temuduga ini anda boleh ikut tips ini:
- Bincangkan rancangan untuk cuti bersalin dan bagaimana persediaan anda untuk rakan sekerja semasa berpantang nanti
- Berikan perspektif yang baik kepada majikan bahawa cuti bersalin anda tidak akan menganggu operasi syarikat
Jangan biarkan kehamilan anda menguasai perbualan sepanjang temuduga. Anda kena profesional dan berikan tumpuan kepada kemahiran, pengalaman dan bagaimana anda boleh menjadi pekerja yang baik kepada syarikat.
Namun jika anda memenuhi kriteria yang mereka cari, status perkahwinan dan kehamilan tidak akan menjadi penghalang pun.
Semoga bermanfaat!