Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Lebih 300 Kes Tipu Jual Facemask, Polis Kongsi Cara Mudah Nak Semak Akaun ”Scammer”

Oleh eduadmin • March 26, 2020 • 2 min baca

Lebih 300 Kes Tipu Jual Facemask, Polis Kongsi Cara Mudah Nak Semak Akaun ”Scammer”
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebanyak 336 kertas siasatan dibuka atas kesalahan penipuan jualan topeng muka di atas talian termasuk 240 kes di Facebook.

Hinggakan ada yang dijadikan keldai akaun sehinggakan melibatkan wang lebih RM100,000 selepas di tipu penjual topeng muka (facemask)

Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police telah berkongsi tentang hal ini di laman Facebook rasmi mereka hari ini.

Menangguk di air keruh. Peribahasa yang sangat sesuai untuk menggambarkan perangai penipu yang mengambil kesempatan atas kegusaran masyarakat Malaysia hari ini.

Seperti yang kita sedia maklum, kes jangkitan Covid-19 di Malaysia meningkat berganda-ganda setiap hari. Setiap hari juga ada dilaporkan kematian akibat Covid-19.

Maka berpusu-pusulah masyarakat ingin mendapatkan topeng muka, hand sanitizer, sarung tangan dan pelbagai barang lain untuk melindungi diri dari wabak ini.

Sikap peka ini admin kagum!

Tapi admin rasa cukup jika masyarakat mengikut arahan kerajaan dengan duduk di rumah. Stay at home.

Namun begitu, admin terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang masih ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat. Ada yang cuba menipu menjual topeng muka.

Sejak Januari hingga 24 Mac 2020 ini, terdapat 336 kertas siasatan dibuka melibatkan penipuan face mask atas talian. Sebanyak 240 kes adalah dari tawaran iklan di Facebook. Dan kes ini meningkat dengan banyaknya setiap hari!

Justeru, mereka mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran topeng muka atas talian.

Anda boleh ikut langkah ini untuk semak scammer online.

Jangan beli dengan jumlah yang banyakSemak nombor akaun sebelum membuat transaksi di laman semakmule PDRM atau download aplikasi Check Scammers CCID di Google Play.

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.