Tawaran Jawatan Polis Bantuan KTMB Dengan Kelayakan SPM Terbuka Buat Lelaki & Perempuan

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini membuka peluang kekosongan jawatan sebagai Polis Bantuan. Permohonan adalah dipelawa kepada kakitangan KTM Berhad dan warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan minima SPM untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklan. Calon lelaki dan perempuan boleh buat permohonan sekarang!

Jika berminat nak jadi Polis Bantuan KTMB, pastikan anda hantar permohonan secara online melalui E-Recruitment KTMB sebelum atau selewat-lewatnya 14 Januari 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
  • Nama jawatan: Polis Bantuan Gred KP10G12)
  • Kelayakan: Minima SPM
  • Tarikh tutup permohonan: 14 Januari 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Lulus 5 matapelajaran SPM termasuk lulus Bahasa Melayu dan Sejarah
  • Umut tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun (calon luar) atau 30 tahun (calon dalaman)
  • Tinggi tidak kurang daripada 165cm bagi lelaki dan 157cm bagi perempuan (tanpa memakai kasut)
  • Berat badan tidak kurang daripada 52kg bagi lelaki dan 48kg bagi perempuan
  • BMI 19 – 29
  • Ukuran dada bagi lelaki biasa 79 cm dan tarik nafas 84cm
  • Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata
  • Boleh berkomunikasi dan menulis di dalam Bahasa Malaysia
  • Bebas dari segala jenis dadah/ jenayah (pihak PDRM akan membuat saringan ujian air kencing)
  • Sedia ditempatkan di mana-mana lokasi di seluruh rangkaian KTM Berhad

SPESIFIKASI TUGAS

Tugas sebagai polis bantuan di KTMB adalah menjalankan semua aspek penugasan kepolisan di seluruh rangkaian dan premis KTMB seperti:

  • Membuat kawalan di Depoh
  • Menjaga keselamatan orang ramai di stesen dan platform
  • Membuat rondaan berjalan kaki dan kenderaan jabatan di sepanjang landasan
  • Membuat rondaan di dalam tren (On Board)
  • Memantau kawalan 24 jam melalui CCTV
  • Mengiringi VVIP
  • Kawalan penghantaran wang (CIT)

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara online selewat-lewatnya 14 Januari 2022. Permohonan mestilah dibuat melalui E-Recruitment KTMB di pautan berikut:

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Unit Perancangan Kakitangan, Jabatan Modal Insan Keretapi Tanah Melayu Berhad di talian 03 22631273/ 1141. Hanya permohonan yang disenaraipendek sahaja yang akan dihubungi.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma