Tawaran Biasiswa/ Pinjaman Pelajaran Peringkat Tinggi Yayasan Terengganu Tahun 2021

Yayasan Terengganu mempelawa para pelajar rakyat negeri Terengganu Darul Iman yang memenuhi syarat-syarat kerakyatan dan kelayakan akademik yang ditetapkan untuk memohon Biasiswa/ Pinjaman Pelajaran Tahun 2021 di bawah program ditawarkan.

Permohonan biasiswa bagi pelajar yang tidak mendapat mana-mana tajaan dan merupakan rakyat Terengganu boleh dibuat sehingga 10 Oktober 2021 secara online.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Biasiswa/ Pinjaman Yayasan Terengganu.

JENIS PROGRAM

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar yang dapat sambung pengajian dalam program berikut:

  • Program Perakaunan Profesional ACCA Kohort 2 Tahun 2021
  • Peringkat Sarjana (Master) & PhD Kohort 2 Tahun 2021

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi:

  • Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah ( B40 )

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sehingga:

  • Tarikh tutup permohonan: 10 Oktober 2021

CARA MEMOHON

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk dapatkan Biasiswa/Pinjaman Yayasan Terengganu boleh buat permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut:

Penawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di laman web rasmi Yayasan Terengganu di www.yt.gov.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma