Permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM Kini Dibuka
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) kini membuka permohonan untuk Pinjaman Wang Pengajian Tinggi bagi calon yang telah ditawarkan ke IPTA atau IPTS tempatan. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian sehingga 31 Disember 2020.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan pinjaman.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Semak syarat kelayakan yang telah ditetapkan berikut:
- Pemohon lahir di Negeri Melaka dan
- Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan
- Menetap di dalam Negeri Melaka dan
- Pengundi di Negeri Melaka
- Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang tersenarai dalam tajaan Tabung Amanah PendidikanNegeri Melaka (TAPEM) sahaja.
- Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform yang telah berkhidmat dan bermastautin lebih 10 tahun di Negeri
- Melaka serta disahkan oleh majikan atau ADUN kawasan.
- Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak memohon.
KADAR PINJAMAN
Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah berbeza mengikut jenis IPT dan program pengajian. Anda boleh semak di pautan berikut:
CARA MEMOHON
Ikut langkah berikut untuk buat permohonan pinjaman TAPEM:
- Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan e-TAPEM di laman web https://tapem.melaka.gov.my atau terus ke alamat https://tapemonline.melaka.gov.my.
- Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak).
- Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen telah telah disahkan oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/ Penghulu/Pengerusi Japerun/ Pengerusi MPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
- Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
PERJANJIAN
- Pelajar yang menerima tawaran pinjaman perlu menandatangani Surat Perjanjian beserta dua (2) orang penjamin
PEMBAYARAN BALIK
Berikut adalah maklumat pembayaran balik pinjaman:
- Selepas 6 bulan tamat tempoh pengajian, pelajar-pelajar akan diberi surat jadual pembayaran balik sepenuhnya pinjaman yang diterima mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan
- Pelajar-pelajar yang gagal/diberhentikan atau meninggalkan pengajian dikehendaki membayar balik sepenuhnya dengan serta merta jumlah pinjaman yang diterima
- Sebarang rayuan mengenai pinjaman tertakluk kepada pertimbangan Lembaga. Keputusan Lembaga adalah muktamad.
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi alamat atau talian berikut:
- Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
No 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang
Hang Tuah Jaya, 75450 Lebuh Ayer Keroh
Melaka
- +606-333 3333 x 3201/02/03/05/06/07/10
- tapem@melaka.gov.my