Tawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Lembaga Biasiswa Negeri Kedah Sesi 2020/2021
Pinjaman pelajaran Lembaga Biasiswa Negeri Kedah merupakan satu bantuan pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi. Pinjaman yang diberi adalah bermula dari peringkat sijil hinggalah peringkat ijazah pertama di institusi-institusi pengajian di dalam negara yang tersenarai dalam senarai institusi yang menerima tajaan LBNK.
Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah mengikut peringkat pengajian dan jumlah tahun pengajian pelajar tersebut.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan pinjaman.
Isi Kandungan
KADAR PINJAMAN
Kadar pinjaman pengajian yang akan diberikan mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:
- Sijil: RM2,500 setahun
- Diploma: RM4,000 setahun
- Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama): RM6,500
LBNK akan menyalurkan bantuan pinjaman terus ke akaun pelajar bagi setiap semester.
Menjadi tanggungjawab pelajar untuk melunaskan bayaran-bayaran berkaitan seperti yuran dan sebagainya
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan pinjaman:
- Anak Negeri Kedah Darul Aman (pemohon dilahirkan di Negeri Kedah), atau salah seorang Ibu atau Bapa lahir di Negeri Kedah.
- Mendapat tawaran tempat pengajian DALAM NEGARA SAHAJA.
- Tidak ada penganjur lain.
- Pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama secara SEPENUH MASA.
- Mengikuti pengajian di IPT yang ditawarkan pinjaman sahaja.
SENARAI IPT TAJAAN
- Semua Universiti Awam di Malaysia
- Semua Universiti Teknologi MARA
- Semua Politeknik Awam di Malaysia
- Kolej Komuniti (Cawangan Kedah sahaja)
- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
- Universiti Sultan Zainal Abdin (UNISZA)
- Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia
-
Kolej Universiti TATI
-
ASIAN Institute Of Medicine, Science & Technology (AIMST)
-
Universiti Selangor (UNISEL)
-
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
-
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
CARA MEMOHON
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk memohon, anda boleh buat permohonan bermula 16 Ogos sehingga 17 September 2020 melalui laman berikut:
Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan pinjaman pengajian, anda boleh hubungi Bahagian Pinjaman Pelajaran Lembaga Biasiswa Negeri Kedah di talian 04-702 7288 atau email ke alamat fauziahhaniam@kedah.gov.my / sppnk@kedah.gov.my.