Tawaran Pinjaman Pendahuluan Pendidikan Institusi MARA Sehingga RM2,000

Majlis Amanah Raya (MARA) menawarkan Pinjaman Pendahuluan Pendidikan MARA kepada calon yang bakal masuk belajar bagi membantu pelajar. Permohonan dibuka kepada pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan MARA (IPMA) sahaja.

Anda bakal melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan MARA? Anda boleh buat permohonan Pinjaman Pendahluan Pendidikan MARA yang ditawarkan sehingga RM2,000.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Pinjaman Pendahuluan Pendidikan MARA dan panduan buat permohonan.

OBJEKTIF PINJAMAN

Tujuan skim ini ditawarkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar bumiputera dari keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan atau mengikut garis panduan jadual pemarkahan kelayakan (yang ditetapkan oleh MARA) bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Kelebihan Pinjaman Pendidikan MARA:

  • Pinjaman Pendahuluan Pelajaran
  • Pinjaman Penuh Pendidikan
  • Pengurangan Pinjaman Pendidikan

KADAR PINJAMAN PENDAHULUAN MARA

Melalui Pinjaman Pendahuluan MARA anda layak memohon pinjaman pada kadar:

  • RM1,000 sehingga RM2,000

Di Institusi Pendidikan MARA anda juga boleh memohon Pinjaman Penuh Pendidikan MARA dan Elaun Sara Hidup sepanjang tempoh pengajian!

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Pinjaman Pendahuluan MARA akan dibuka pada:

  • AKAN DIKEMASKINI

SENARAI INSTITUSI PENDIDIKAN MARA

Berikut adalah senarai institusi pendidikan MARA:

  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • University Kuala Lumpur (UniKL)
  • German-Malaysia Institute (GMI)
  • KUPTM

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

  • Mendapat tawaran melanjutkan pengajian di institusi pendidikan MARA
  • Pelajar dan Ibu/bapa adalah warganegara dan bertaraf bumiputera
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat diploma dan 40 tahun bagi peringkat ijazah pertama

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mohon tawaran pinjaman pendahuluan bagi kemasukan ke institusi pendidikan MARA dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Pinjaman Pendahuluan Pendidikan MARA, anda boleh terus ke laman web rasmi www.online06.mara.gov.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma