Tawaran Pinjaman Pendahuluan Pendidikan Institusi MARA Sehingga RM2,000
Majlis Amanah Raya (MARA) menawarkan Pinjaman Pendahuluan Pendidikan MARA kepada calon yang bakal masuk belajar bagi membantu pelajar. Permohonan dibuka kepada pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan MARA (IPMA) sahaja.
Anda bakal melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan MARA? Anda boleh buat permohonan Pinjaman Pendahluan Pendidikan MARA yang ditawarkan sehingga RM2,000.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Pinjaman Pendahuluan Pendidikan MARA dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
OBJEKTIF PINJAMAN
Tujuan skim ini ditawarkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar bumiputera dari keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan atau mengikut garis panduan jadual pemarkahan kelayakan (yang ditetapkan oleh MARA) bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki Institusi Pendidikan MARA (IPMA).
Kelebihan Pinjaman Pendidikan MARA:
- Pinjaman Pendahuluan Pelajaran
- Pinjaman Penuh Pendidikan
- Pengurangan Pinjaman Pendidikan
KADAR PINJAMAN PENDAHULUAN MARA
Melalui Pinjaman Pendahuluan MARA anda layak memohon pinjaman pada kadar:
- RM1,000 sehingga RM2,000
Di Institusi Pendidikan MARA anda juga boleh memohon Pinjaman Penuh Pendidikan MARA dan Elaun Sara Hidup sepanjang tempoh pengajian!
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan Pinjaman Pendahuluan MARA akan dibuka pada:
- AKAN DIKEMASKINI
SENARAI INSTITUSI PENDIDIKAN MARA
Berikut adalah senarai institusi pendidikan MARA:
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
- University Kuala Lumpur (UniKL)
- German-Malaysia Institute (GMI)
- KUPTM
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:
- Mendapat tawaran melanjutkan pengajian di institusi pendidikan MARA
- Pelajar dan Ibu/bapa adalah warganegara dan bertaraf bumiputera
- Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat diploma dan 40 tahun bagi peringkat ijazah pertama
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk mohon tawaran pinjaman pendahuluan bagi kemasukan ke institusi pendidikan MARA dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara atas talian di pautan berikut:
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Pinjaman Pendahuluan Pendidikan MARA, anda boleh terus ke laman web rasmi www.online06.mara.gov.my.