Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara Yayasan Pelajaran Johor Kini Dibuka
Yayasan Pelajaran Johor kini membuka permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara buat anak kelahiran Johor yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon pinjaman pelajaran yang ditawarkan.
Tujuan pinjaman ini diberikan adalah bagi meringankan beban kewangan pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 7 Mac hingga 13 Mac 2021
JENIS IPT & PENGAJIAN YANG DITAJA
IPTA
- Semua IPT (Peringkat Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)
IPTS
- Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Diploma sahaja)
- Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja)
- Marsah (Diploma sahaja)
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan bantuan:
- Lahir dan menetap di Johor;
- Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;
- Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
- Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;
- Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan);
- PENTING : Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Antara dokumen wajib yang diperlukan untuk kemukakan permohonan adalah:
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga
- Salinan Surat Tawaran IPT
- Salinan Sijil SPM
- Salinan Sijil Kelahiran
- Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
- Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
- Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji, pemohon WAJIB kemukakan Borang Pengesahan Pendapatan