Boleh Ke Buat Pindaan Amaun Atau Batalkan Permohonan i-Citra? Ini Penjelasan KWSP

Bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran secara bulanan.

Permohonan pengeluaran i-Citra akan dibuka tidak lama lagi kepada Ahli yang memenuhi syarat kelayakan i-Citra yang ditetapkan. Ahli yang ingin membuat permohonan dinasihatkan untuk buat tindakan awal 3 perkara sebelum permohonan i-Citra.

Bila dah buat permohonan i-Citra nanti, boleh ke buat pindaan amaun atau batalkan permohonan i-Citra? Ikuti perkongsian di bawah untuk baca penjelasan KWSP.

PINDAAN AMAUN I-CITRA

Boleh ke buat pindaan amaun i-Citra seperti kurangkan atau naikkan jumlah pengeluaran yang dimohon setelah hantar permohonan? Menurut makluman daripada pihak KWSP mengenai pindaan amaun i-Citra:

  • Anda TIDAK BOLEH buat pindaan amaun selepas permohonan dibuat

Ahli dinasihatkan fikir betul-betul dahulu sebelum buat permohonan pengeluaran i-Citra supaya tiada sebarang kesilapan berlaku. Berapa jumlah pengeluaran yang anda mohon, banyak itulah wang pengeluaran yang anda akan dapat nanti.

Baca: Amaun Pengeluaran i-Citra KWSP Yang Dibenarkan

BATALKAN PERMOHONAN I-CITRA

Bolehkan batalkan permohonan? Untuk makluman anda:

  • Anda BOLEH BATALKAN permohonan setelah diluluskan tetapi permohonan semula tidak dibenarkan.

Pemohon dinasihatkan untuk fikir habis-habisan semula buat pembatalan permohonan i-Citra. Sekali anda batalkan, anda sudah TIDAK BOLEH mohon semula.

PERMOHONAN PENGELUARAN i-CITRA KWSP

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP melalui program i-Citra mulai 15 Julai 2021 di portal dalam talian i-Citra di pautan berikut:

Permohonan pengeluaran i-Citra akan dibuka pada:

  • Tarikh permohonan: 15 Julai 2021

Simpanan KWSP ini adalah simpanan hari tua kita. Orang ramai dinasihatkan untuk buat pengeluaran i-Citra sekiranya perlu sahaja.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma