Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

7 Petua Pandai Dalam Bahasa Inggeris Buat Semua Peringkat

Oleh Cikgu Shaari • October 20, 2020 • 3 min baca

7 Petua Pandai Dalam Bahasa Inggeris Buat Semua Peringkat
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jika diikutkan kita belajar Bahasa Inggeris sejak Tahun 1 di sekolah lagi sehingga habis sekolah. Malahan ketika di universiti pun kita akan dibiasakan menggunakan Bahasa Inggeris. Namun, kenapa masih ramai yang mempunyai masalah untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris?

Memang tidak dinafikan masih ada yang lemah Bahasa Inggeris lepas tamat belajar. Namun, ini tidak bermakna anda akan lemah selamanya.

Sebenarnya apa yang perlu anda lakukan adalah berusaha lebih sedikit dan ikut petua yang dikongsikan di bawah.

PETUA PANDAI BAHASA INGGERIS

1. Lemah Bahasa Inggeris Sekarang, Bukan Lemah Selama-lamanya

Menurut kajian sains, manusia sepatutnya boleh kuasai 12 bahasa dengan sangat mudah. Jika anda lemah Bahasa Inggeris hari ini, berhenti merungut atau mengadu yang anda lemah.

Mulai sekarang juga, pasang niat dan tanamkan azam bahasa dalam masa beberapa bulan, tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda pasti akan jadi lebih baik.

2. Kuasai Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris

Ada dua perkara yang anda boleh lakukan untuk kuasai ” English Vocabulary” iaitu:

  • Hafal 5 – 10 perkataan Bahasa Inggeris bersama contoh penggunaannya setiap hari. Hafal perkataan dan ayat yang mudah-mudah sahaja
  • Belajar cara menggunakan kamus dengan betul supaya anda boleh cari maksud perkataan dengan cepat dan tepat

3. Kuasai Tatabahasa Bahasa Inggeris (Grammar)

Orang yang pandai & fasih bercakap dalam Bahasa Inggeris belum tentu pandai tatabaha Bahasa Inggeris. Jadi jangan risau. Ada 2 cadangan untuk anda:

  • Rujuk buku panduan English Grammar bagi pelajar tahun 1 atau tahun 2. Belajar perlahan-lahan. Ia tidak menakutkan dan mudah untuk difahami
  • Grammar boleh jadi bertambah baik apabila anda amalkan petua ke 7 nanti

4. Fikir Dalam Bahasa Inngeris

Menguasai Bahasa Inggeris atau apa-apa sahaja bahasa akan menjadi susah apabila anda:

  • Fikir dalam bahasa ibunda
  • Cuba alih bahasa ke dalam Bahasa Inggeris. Caranya bila bersendirian, cuba bercakap dalam hati menggunakan Bahasa Inggeris

Tidak akan timbul masalah rasa malu dan otak pula akan semakin cekap menggunakan ayat Bahasa Inggeris dalam situasi yang diperlukan.

5. Tulis Diari Dalam Bahasa Inggeris

Ini adalah gabungan & aplikasi petua 2, 3 & 4. Menulis diari adalah menulis tentang apa yang anda sedang fikirkan. Apabila anda tulis dalam Bahasa Inggeris, minda akan jadi semakin cekap untuk berfikir dan meluahkan apa yang difikirkan dalam Bahasa Inggeris.

Hasil tulisan ini juga boleh diperiksa (jika mahu) sama ada ia betul ataupun salah.

6. Cari Kawan Pandai Bahasa Inggeris

Begitu ramai orang yang gagal kuasai Bahasa Inggeris disebabkan malu diejek oleh kawan-kawan yang tidak pandai memberi dorongan. Abaikan kawan-kawan begitu. Mulai sekarang, buka mata dan cari kawan-kawan yang pandai & selesa dengan Bahasa Inggeris.

Cari peluang untuk belajar daripada mereka atau berlatih berbual-bual dalam Bahasa Inggeris dengan mereka.

7. Hafal Ayat Kegunaan Harian Dalam Bahasa Inggeris

Mungkin dulu anda selalu cuba hafal maksud Perkataan. Sekarang cuba hafal AYAT PENUH pula seperti jika tidak sihat “I am not feeling well”. Hafal ayat yang selalunya boleh digunakan dalam situasi harian.

Tak salah nak cuba perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit. Lama-lama bia dah biasa pasti anda akan menjadi mahir. Walaupun tatabahasa tidak berapa betul, keyakinan untuk bercakap itu yang penting! Sebenarnya kita bukan tak tahu nak cakap Bahasa Inggeris, cuma tidak yakin pada diri sahaja.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.