Pesta Kerjaya@MYDCF: 200+ Peluang Pekerjaan Dalam Industri Kreatif Buat Graduan & Pencari Kerja

Pesta Kerjaya @ MYDCF melibatkan syarikat permainan digital dan animasi terkenal di Malaysia. Sesi perkongsian akan diadakan oleh syarikat kreatif digital berkaitan dengan kerjaya dalam industri, merangkumi perkongsian budaya kerja dan bagaimana lepasan universiti dapat menceburi kerjaya dalam bidang industri kreatif

Anda merupakan graduan atau pencari kerja? Inilah peluang terbaik untuk anda ceburi bidang pekerjaan dalam industri kreatif melalui Pesta Kerjaya @ MyDCF.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat pendaftaran.

OBJEKTIF PESTA KERJAYA @ MYDCF

Antara objektif pelaksanaan Pesta Kerjaya @ MyDCF adalah:

  • Mendedahkan peluang pekerjaan dalam industri kreatif kepada graduan baru dan pencari kerja serta membantu studio kreatif mempromosikan kekosongan jawatan di studio mereka. Pesta Kerjaya @ MYDCF memberi tumpuan kepada industri kreatif seperti studio animasi dan permainan video.
  • Kerjasama dijalin dengan rakan platform pengambilan pekerja kami CareerBraves.com yang secara khususnya memberi tumpuan kepada pasaran pekerjaan industri kreatif. Ia merupakan platform sehenti bagi pencari kerja bidang kreatif dan studio kreatif untuk mencari dan menyediakan peluang pekerjaan dalam industri kreatif.
  • Meningkatkan kadar pekerjaan di kalangan siswazah baru dan bakat tempatan yang menganggur di samping memenuhi permintaan industri kreatif.

APA YANG DITAWARKAN?

Sertai salah satu dari 2 trek tertera di bawah bagi memenuhi keperluan syarikat anda:

  • Untuk Pencari Kerja
    Terokai lebih daripada 200 peluang pekerjaan dan lebih daripada 50 syarikat kreatif yang sedia mengambil pekerja di platform rakan kongsi kami. Kenali lebih banyak maklumat syarikat kreatif di pameran gerai mereka.
  • Untuk Syarikat/ Studio
    Nikmati pakej eksklusif di platform rakan karier kami CareerBraves bersama dengan MyDCF. Sehingga 20 pekerjaan dapat diiklankan dan ketersediaan sehingga 90 hari di platform. Pakej Normal 5 pekerjaan dan 30 hari

AKTIVITI DI PESTA KERJAYA @ MYDCF

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Pesta Kerjaya @ MYDCF adalah:

  • Pengambilan Pekerja
  • Bicara Kerjaya
  • Gerai Pameran Maya
  • Gamified Expo
  • Esport
  • Persembahan Pentas
  • Acara Rakan Kongsi
  • Kertas Kerja Teknikal

CARA DAFTAR

Sekiranya anda berminat untuk bekerja dalam industri kreatif dalam pelbagai bidang kerja, anda boleh buat pendaftaran sekarang. Pendaftaran boleh dibuat dengan ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan https://mdec.my/ms/mydcf/gamified-expo/career-fair/
  2. Klik GO TO CAREERBRAVES di bawah bahagian Pencari Kerja
  3. Scroll ke bawah dan klik pada mana-mana jawatan yang ditawarkan
  4. Jika berminat, hantar resume melalui emel yang dinyatakan pada iklan jawatan

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web https://mdec.my/ms/mydcf/gamified-expo/career-fair/.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma