Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Mulai 1 September, Ini Senarai Perubahan Besar Terhadap Pekerja Di Malaysia Terutama Gaji RM4,000 Ke Bawah

Oleh Cikgu Shaari • August 17, 2022 • 2 min baca

Mulai 1 September, Ini Senarai Perubahan Besar Terhadap Pekerja Di Malaysia Terutama Gaji RM4,000 Ke Bawah
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat pekerja di Malaysia terutama yang bergaji RM4,000 ke bawah! Sebelum ini Akta Pekerja 1955 hanya terpakai untuk pekerja bergaji RM2,000 dan ke bawah sahaja. Sebelum ini hanya pekerja bergaji RM2,000 ke bawah sahaja layak untuk dapat bayaran kerja lebih masa seperti yang termaktub dibawah Seksyen 60A(3).

Tetapi dengan pindaan Jadual pertama Akta Pekerja yang baru digazet, mulai 1 September 2022 had gaji pekerja telah dinaikkan kepada RM4,000. Jadi sesiapa yang bergaji di antara RM1,5000 sehingga RM4,000,  anda akan dapat bayaran lebih masa sekiranya jam bekerja lebih dari jam bekerja biasa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai perubahan besar Akta Kerja terhadap pekerja di Malaysia mulai 1 September 2022.

TARIKH PELAKSANAAN PERUBAHAN AKTA KERJA

Pelaksanaan Akta Kerja 1955 yang bakal diperluaskan dan terpakai kepada pekerja bergaji sehingga RM4,000 adalah bermula pada:

  • Mulai 1 September 2022

SENARAI PERUBAHAN AKTA KERJA TERHADAP PEKERJA DI MALAYSIA

Sebelum ini, Akta Kerja 1955 terpakai kerja pekerja bergaji RM2,000 ke bawah. Kini, pekerja bergaji RM2,000 hingga RM4,000 juga akan menikmati manfaat ini dalam Akta Kerja iaitu:

  • Gaji tambahan sekiranya kerja melebihi masa
  • Gaji tambahan jika diminta bekerja pada hari rehat dan cuti
  • Tidak boleh disuruh kerja lebih 12 jam sehari sekiranya kerja shift
  • Pekerja yang diberhentikan kerja akan mendapat manfaat lain selaras dengan Employment (Termination & Lay-Off Benefits) Regulations 1980
Nota: Sekiranya anda bergaji RM4,001 ke atas, anda tidak akan menikmati manfaat-manfaat di atas.

SEMUA pekerja (tanpa mengira had gaji) akan menikmati perkara-perkara berikut:

  • Cuti materniti dinaikkan dari 60 hari hingga 98 hari
  • Cuti paterniti 7 hari
  • Jam kerja maksimum setiap minggu dikurangkan dari 48 jam kepada 45 jam
  • Pekerja boleh buat permohonan kepada majikan untuk kerja secara fleksibel

Rujuk: Panduan Mohon Aturan Kerja Fleksibel (AKF) Mulai 1 September Untuk Ubah Waktu, Hari Atau Tempat Bekerja

Setiap majikan mestilah menjalankan kewajipan berdasarkan undang-undang yang ditetapkan. Sebarang makluman atau pindaan baharu berkenaan perubahan Akta Kerja ini akan dimaklumkan kemudian sekiranya telah mendapat makluman baharu.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.