Mulai 1 September, Ini Senarai Perubahan Besar Terhadap Pekerja Di Malaysia Terutama Gaji RM4,000 Ke Bawah
Berita baik buat pekerja di Malaysia terutama yang bergaji RM4,000 ke bawah! Sebelum ini Akta Pekerja 1955 hanya terpakai untuk pekerja bergaji RM2,000 dan ke bawah sahaja. Sebelum ini hanya pekerja bergaji RM2,000 ke bawah sahaja layak untuk dapat bayaran kerja lebih masa seperti yang termaktub dibawah Seksyen 60A(3).
Tetapi dengan pindaan Jadual pertama Akta Pekerja yang baru digazet, mulai 1 September 2022 had gaji pekerja telah dinaikkan kepada RM4,000. Jadi sesiapa yang bergaji di antara RM1,5000 sehingga RM4,000, anda akan dapat bayaran lebih masa sekiranya jam bekerja lebih dari jam bekerja biasa.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai perubahan besar Akta Kerja terhadap pekerja di Malaysia mulai 1 September 2022.
Isi Kandungan
TARIKH PELAKSANAAN PERUBAHAN AKTA KERJA
Pelaksanaan Akta Kerja 1955 yang bakal diperluaskan dan terpakai kepada pekerja bergaji sehingga RM4,000 adalah bermula pada:
- Mulai 1 September 2022
SENARAI PERUBAHAN AKTA KERJA TERHADAP PEKERJA DI MALAYSIA
Sebelum ini, Akta Kerja 1955 terpakai kerja pekerja bergaji RM2,000 ke bawah. Kini, pekerja bergaji RM2,000 hingga RM4,000 juga akan menikmati manfaat ini dalam Akta Kerja iaitu:
- Gaji tambahan sekiranya kerja melebihi masa
- Gaji tambahan jika diminta bekerja pada hari rehat dan cuti
- Tidak boleh disuruh kerja lebih 12 jam sehari sekiranya kerja shift
- Pekerja yang diberhentikan kerja akan mendapat manfaat lain selaras dengan Employment (Termination & Lay-Off Benefits) Regulations 1980
SEMUA pekerja (tanpa mengira had gaji) akan menikmati perkara-perkara berikut:
- Cuti materniti dinaikkan dari 60 hari hingga 98 hari
- Cuti paterniti 7 hari
- Jam kerja maksimum setiap minggu dikurangkan dari 48 jam kepada 45 jam
- Pekerja boleh buat permohonan kepada majikan untuk kerja secara fleksibel
Setiap majikan mestilah menjalankan kewajipan berdasarkan undang-undang yang ditetapkan. Sebarang makluman atau pindaan baharu berkenaan perubahan Akta Kerja ini akan dimaklumkan kemudian sekiranya telah mendapat makluman baharu.