Cuti Hari Wilayah Bertindih Dengan Tahun Baru Cina, Ada Cuti Ganti Ke? Baca Penjelasan Ini

Pasti ramai yang sudah rancang percutian pada tahun lepas tetapi terpaksa dibatalkan memandangkan penularan Covid-19 di negara kita masih berleluasa kan? Memandangkan kerajaan telah membenarkan orang ramai rentas negeri untuk pulang ke kampung dan melancong, ayuh kita rancang percutian pada tahun ini pula! Pastikan anda dapatkan kalender tahun 2022 untuk perancangan awal percutian nanti. Semak tarikh.

Tarikh Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada 1 Februari 2022 (Selasa) bersamaan dengan hari pertama Tahun Baru Cina tahun 2022. Ada ke cuti gantian bagi pertindihan cuti penting ini?

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut gantian bagi pertindihan cuti hari Wilayah dan Tahun Baru Cina.

TARIKH CUTI HARI WILAYAH & TAHUN BARU CINA

Seperti yang tertakluk dalam kalender yang telah ditetapkan, tarikh cuti hari wilayah dan tahun baru cina adalah seperti berikut:

  • Hari Wilayah Persekutuan: 1 Februari 2022 (Selasa)
  • Tahun Baru Cina: 1 & 2 Februari 2022

PENJELASAN PERTINDAHAN CUTI HARI WILAYAH & TAHUN BARU CINA

Memandangkan hari pertama Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari bekerja iaitu Selasa, 1 Februari 2022, maka:

  • TIADA CUTI GANTIAN secara automatik diperuntukkan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].

Cuti gantian secara automatik pada hari berikutnya hanya diberikan jika hari kelepasan am jatuh pada hari kelepasan mingguan (Jumaat atau Ahad) mengikut negeri masing-masing.

Manakala bagi pekerja yang tertakluk di bawah Akta Kerja 1955 [Akta 265], majikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya pada Labuan hendaklah memberikan:

  • HARI KELEPASAN AM berbayar pada Khamis, 3 Februari 2022.

TARIKH CUTI TAHUN BARU CINA BESERTA CUTI TAMBAHAN KPM

Walaubagaimanapun, KPM telah memaklumkan akan memberi cuti tambahan bagi lanjutan cuti Tahun Baru Cina selama 2 hari. Dengan cuti sekolah tambahan oleh KPM ini, ini bermakna sekolah di:

  • Kumpulan A akan mula bercuti pada 30 Januari 2022 (Ahad) sehingga 2 Februari 2022 (Rabu)
  • kumpulan B akan mula bercuti pada 31 Januari 2022 sehingga 3 Februari 2022 (Khamis).

Sekolah akan bercuti selama 4 hari termasuk cuti tambahan sempena Tahun Baru Cina tahun 2022.

Rujuk: Tarikh Cuti Tahun Baru Cina & 2 Hari Cuti Sekolah Tambahan KPM

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma