Cara Mohon Jawatan MySTEP Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Melalui Email
Anda graduan atau lepasan sekolah yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) tahun 2023 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak di bawah MOTAC.
Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan MOTAC dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC)
- Nama jawatan: Personel MySTEP
- Taraf jawatan: Kontrak
- Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2023
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Kelayakan Ijazah Sarjana Muda
- Penulisan (Bahasa Melayu & English)
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
- Cuti Rehat & Cuti Sakit
- Caruman KWSP & Perkeso
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum atau pada 31 Disember 2023. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:
- Resume lengkap bergambar
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan sijil akademik berkaitan
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2023
- Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP
Permohonan yang tidak menerima sebarang pemakluman selepas satu bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.