5 Persiapan Yang Anda Perlu Lakukan Diwaktu Ramai Orang Kena Berhenti Kerja

Pada saat ekonomi meleset ini, banyak syarikat yang telah mengambil langkah untuk memberhentikan pekerja termasuk syarikat-syarikat besar. Setiap orang perlu ada persediaan sekiranya tiba-tiba anda diberhentikan kerja kerana perkara ini kita tidak boleh jangkakan bila akan berlaku.

Apa yang boleh anda lakukan adalah buat persediaan dalam banyak perkara supaya anda tidak kesesakan wang selepas berhenti kerja nanti. Baguslah jika anda sudah ada “backup” pendapatan sampingan dan simpanan sekarang ini!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 5 persediaan yang anda perlu lakukan diwaktu ramai orang diberhentikan kerja.

5 PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN

Dikala ramai orang yang telah diberhentikan kerja, ini beberapa persediaan yang anda perlu lakukan:

Usaha & Pendapatan Sampingan Jika Diberhentikan

Perlu ada usaha dan pendapatan sampingan jika pendidikan utama tiba-tiba diberhentikan. Jangan tunda lagi mulailah sekarang! Bincanglah dengan isteri apa yang boleh kita lakukan untuk tambah pendapatan terutama bagi isteri yang tidak bekerja.

Sediakan Dana Kecemasan

Setiap orang wajib ada sediakan dana kecemasan yang secukupnya. Anda dicadangkan untuk ada simpanan 6 hingga 12 bulan gaji agar semuanya normal berjalan kehidupan kita waktu tiada pekerjaan. Dana kecemasan inilah yang anda gunakan untuk tampung kehidupan sementara mencari pekerjaan baharu.

Miliki Takaful Perlindungan Pendapatan Atau Kenderaan

Setiap orang mestilah miliki takaful perlindungan pendapatan atau kenderaan agar ketika terjadi sesuatu yang tidak diingini, simpanan dan kewangan yang ada tidak terganggu.

Catatan Perbelanjaan Keluar Masuk

Catatan perbelanjaan keluar masuk duit kita penting supaya kita sedar dan tahu kemana duit kita belanja selama ini. Jika kena berhenti kerja, kita sedia potong perbelanjaan yang tidak perlu dengan segera.

Minimumkan Hutang

Pastikan anda minimumkan hutang dan kecilkan bayaran hutang bersifat konsumtif. Jika dapat selesaikan hutang hutang kecil dulu lebih baik dan bagus. Hutang mana yang kadar faedah tinggi selesaikan segera (contohnya kad kredit).

Semoga bermanfaat!

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma