Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

5 Persediaan Penting Untuk Para Ibu Menjelang Ramadan. Ibu-ibu Sila Take Note Supaya Lebih Bersedia

Oleh Cikgu Shaari • April 5, 2020 • 3 min baca

5 Persediaan Penting Untuk Para Ibu Menjelang Ramadan. Ibu-ibu Sila Take Note Supaya Lebih Bersedia
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tidak lama lagi Ramadan akan tiba. Pasti semua orang teruja! Tetapi bagi para ibu pula, rutin harian pastinya akan berubah selepas ini kerana banyak persediaan perlu dilakukan terutamanya perlu bangun awal untuk menyediakan makanan sahur buat keluarga tercinta.

Para ibu sebagai pengurus kesejahteraan rumah tangga, semua tugas ini pasti mahu dilakukan dengan sempurna. Jadi, ibu-ibu perlu bersedia untuk menyusun jadual pada bulan Ramadan tambahan lagi bagi ibu yang bekerja.

Berikut dikongsikan beberapa persediaan yang perlu dilakukan oleh para ibu untuk lebih bersedia menghadapi bulan Ramadan tidak lama lagi.

PERSEDIAAN PARA IBU KETIKA BULAN RAMADAN

1. Sediakan Kelengkapan Anak-anak Pada Malam Hari

Persediaan Penting Untuk Para Ibu Menjelang Ramadhan. Ibu-ibu Sila Take Note Supaya Lebih Bersedia

Tidak dinafikan ramai ibu yang lebih selesa menyediakan kelengkapan anak-anak mereka pada waktu pagi sebelum anak ke sekolah. Sebagai contoh, mengosok baju, membantu anak mengemas buku atau menyediakan bekalan anak-anak untuk ke sekolah.

Maklumlah di sebelah malam pasti ingin berehat selepas penat seharian bekerja.

Namun pada bulan Ramadan ini, apa kata anda sebagai ibu, mengubah sedikit rutin yang anda biasa lakukan, dengan melakukannya pada malam hari. Anda bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga pada keesokkan hari malah anda juga dapat menjimatkan masa anda.

2. Sediakan Makanan Sahur Pada Waktu Malam

Persediaan Penting Untuk Para Ibu Menjelang Ramadhan. Ibu-ibu Sila Take Note Supaya Lebih Bersedia

Jika anda risau tak dapat bangun awal untuk menyediakan makanan sahur, anda boleh masak siap-siap pada waktu malam ataupun masak lebih lauk untuk berbuka. Bila nak bersahur, hanya perlu panaskan sahaja.

Ibu-ibu mesti pernah kan terlajak tidur sebab terlalu penat dan tidak sempat masak sahur. Tips ini sangat sesuai untuk memastikan keluarga tercinta bersahur untuk menghadapi hari esok.

3. Sediakan Makanan Kegemaran Anak-Anak Semasa Sahur

Persediaan Penting Untuk Para Ibu Menjelang Ramadhan. Ibu-ibu Sila Take Note Supaya Lebih Bersedia

Tugas untuk mengejutkan anak bangun bersahur sememangnya bukan tugas yang mudah, apatah lagi untuk menyuruh mereka makan pada waktu pagi.

Oleh itu, sebagai ibu, cuba anda sediakan makanan kegemaran mereka, supaya anda tidak perlu melayan anak-anak anda menangis atau memberontak kerana tidak mahu bersahur.

4. Lakukan Kerja Rumah Yang Mudah Pada Malam Hari

Sebagai seorang isteri atau ibu, anda pasti mengetahui bahawa kerja rumah adalah sesuatu yang tidak pernah berakhir. Pada bulan puasa ini, apa kata jika anda lakukan kerja-kerja rumah pada waktu malam atau semasa menyediakan juadah sahur.

Antara kerja rumah mudah yang anda boleh lakukan adalah seperti membasuh baju, mengemas ruang tamu atau mencuci pinggan. Jadi tidaklah kerja di rumah anda terbengkalai dan tertangguh sehingga habis bulan puasa.

5. Pastikan Anak-anak Tidur Awal

Persediaan Penting Untuk Para Ibu Menjelang Ramadhan. Ibu-ibu Sila Take Note Supaya Lebih Bersedia

Pada bulan ini, biasakan anak-anak anda untuk tidur lebih awal supaya mudah untuk mengejutkan mereka semasa sahur nanti.

Jika anak anda dapat rehat yang secukupnya, mereka akan mudah bangun untuk bersahur dan anda sebagai ibu tidak perlu bimbang jika anak anda tidak mahu bangun kerana terlalu mengantuk.

Buat ibu-ibu semoga bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Walaupun rutin pada bulan Ramadhan lebih memenatkan, dengan persediaan yang cukup, anda pasti tidak berasa penat. Selamat mencuba!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.