Permohonan Undi Pos PRU-15 Dalam & Luar Negara Secara Online Dibuka Serta Merta

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengambil maklum akan pengisytiharan pembubaran Parlimen Penggal ke-14 yang telah dibuat oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia setelah diperkenan oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 10 Oktober 2022 (Isnin).

Sehubungan dengan itu, SPR ingin memaklumkan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke15), kini dibuka serta-merta.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat permohonan undi pos dalam dan luar negara.

TEMPOH PERMOHONAN UNDI POS

Sejajar dengan dengan pengisytiharan pembubaran Parlimen Penggal ke-14 yang telah dibuat oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia setelah diperkenan oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 10 Oktober 2022 (Isnin), SPR telah memaklumkan:

  • Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke15), kini dibuka serta-merta
  • Manakala, tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan kelak selepas SPR bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh pilihan raya.

SYARAT PERMOHONAN UNDI POS

Syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan undi pos secara atas talian (online) adalah:

  • Pemohon hendaklah berdaftar sebagai pemilih (pengundi) dengan SPR;
  •  Pemohon adalah layak memohon di bawah Kategori 1B (luar negara) atau Kategori 1C (9 agensi); dan
  • Pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna MySPR Daftar.

Baca: Cara Semak Daftar Pemilih Dan Pusat Mengundi SPR 2022 Secara Online & SMS

KATEGORI PENGUNDI

Kategori 1B adalah warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih (pengundi) dan menetap di luar negara.

Kategori 1C adalah anggota dari sembilan (9) Jabatan / Agensi Kerajaan yang bertugas dalam sektor keselamatan dan kesihatan serta tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi kerana bertugas. Jabatan / Agensi tersebut adalah seperti berikut:

  • Jabatan Penjara Malaysia;
  • Jabatan Kesihatan (bagi penjawat awam (petugas kesihatan) yang bertugas di hospital/ klinik dan lain-lain pusat kesihatan sahaja).
  • Petugas kesihatan yang telah dilantik oleh SPR untuk bertugas di khemah bergejala di pusat-pusat mengundi, sila mohon secara manual di bawah Kategori 1A – petugas pilihan raya;
  • Jabatan Imigresen Malaysia;
  • Sukarelawan Simpanan Polis (PVR);
  • Angkatan Pertahanan Awam (APM);
  • Jabatan Pendaftaran Negara (anggota / kakitangan yang bertugas di Urban Transformation Centre (UTC) sahaja);
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat;
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM); dan
  • Agensi Pengurusan Bencara Negara (NADMA).

Pemilih yang layak memohon undi pos di bawah Kategori 1A perlu memohon secara MANUAL dengan mengemukakan borang permohonan undi pos kepada Pegawai Pengurus tempat mengundi. Borang permohonan ini boleh dimuat turun dari laman sesawang (website) SPR apabila permohonan undi pos dibuka. Kategori 1A adalah seperti berikut:

  • Anggota tentera yang tidak dapat hadir mengundi pada Hari Mengundi Awal;
  • Anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) yang tidak dapat hadir mengundi pada Hari Mengundi Awal;
  • Anggota / Ahli / Pegawai dan kakitangan SPR;
  • Petugas media yang melaksanakan liputan berkaitan pilihan raya semasa Hari Mengundi; dan
  • Petugas pilihan raya yang telah dilantik oleh SPR (termasuk petugas kesihatan yang bertugas di khemah bergejala di pusat-pusat mengundi).

PANDUAN PERMOHONAN UNDI POS SECARA ONLINE

Untuk makluman anda, permohonan undi pos dalam dan luar negara dibuka secara atas talian melalui:

  • MySPR Daftar

Rujuk panduan lengkap buat permohonan undi pos dalam dan luar negara di bawah:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma