Permohonan Penajaan Program Khas MARA-JPA Dalam Negara Di Buka

TAWARAN PENAJAAN JPA BAGI PROGRAM KHAS JPA MARA TAHUN 2020

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2020.

Tajaan Program Khas JPA-MARA (PKJM) tahun 2020 ini adalah kepada 1,035 pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2019 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial.

Program ini terdiri daripada tujuh sub program seperti berikut:

  1. Program Akademik Jepun
  2. Program Berkembar New Zealand
  3. Program Akademik New Zealand
  4. Program Akademik Australia
  5. Program Akademik United Kingdom
  6. Program Akademik Amerika Syarikat
  7. Program Khas JPA-MARA Dalam negara

PROGRAM KHAS JPA-MARA DALAM NEGARA

Program Khas JPA-MARA Dalam Negara merupakan program penajaan yang berfokus kepada niche area/ bidang kepakaran di Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang terpilih. Penajaan adalah daripada peringkat Persediaan sehingga peringkat Ijazah Pertama di IPTS dalam bidang yang telah ditetapkan. Sub Program adalah seperti berikut.

Permohonan Penajaan Program Khas MARA-JPA Dalam Negara Di Buka Permohonan Penajaan Program Khas MARA-JPA Dalam Negara Di Buka

SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum seperti berikut:

  • Pemohon DAN salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Mempunyai kesihatan yang baik
  • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama pada tahun 2019
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki
  • Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau

b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau

c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau

d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan dibuka secara atas talian (online) selama sepuluh hari (10)  mulai 9 Mac 2020 sehingga 18 Mac 2020 di laman web ePermohonan JPA.

Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) yang dimuat naik di Portal MARA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA MARA Tahun 2020 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297/3553/3387 mulai 9 Mac 2020 hingga 18 Mac 2020 (hari bekerja) dan waktu bekerja atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

Program SAC dijadualkan pada 6 April 2020 hingga 10 April 2020 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon berikut:

  1. Zon Tengah (Bangi)
  2. Zon Selatan 1 (Melaka)
  3. Zon Selatan 2 (Johor Bahru)
  4. Zon Utara 1 (Jitra)
  5. Zon Utara 2 (Pulau Pinang)
  6. Zon Timur 1(Kuantan)
  7. Zon Timur 2 (Kota Bharu)
  8. Zon Sabah (Kota Kinabalu)
  9. Zon Sarawak 1 (Kuching)
  10. Zon Sarawak 2 (Miri)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Mac 2020 (Rabu) jam 5:00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA ini dijangka akan diumumkan melalui laman web MARA selewat-lewatnya pada 5 Mei (Selasa) jam 5:00 petang

Jika anda berminat untuk membuat permohonan biasiswa tajaan JPA ini, anda boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

Layari pautan berikut untuk makumat lanjut :
Permohonan Penajaan Program Khas JPA MARA

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma