Bolehkah Lepasan Ijazah Mohon Jawatan Dengan Kelayakan SPM Dalam SPA9? Ini Jawapannya

Dengan pelbagai kelebihan yang ditawarkan kepada pekerja dalam Perkhidmatan Awam, pastinya bekerja dalam sektor ini menjadi buruan ramai graduan tidak kira sama ada IPTA ataupun IPTS. Seperti yang kita tahu, permohonan kerja sektor kerajaan ini memerlukan calon mendaftar melalui portal SPA9.

Bukan sedikit yang mohon kerja dalam SPA beratus ribu permohonan dihantar dalam satu masa. Persaingan pun tinggi!

Bolehkah Lepasan Ijazah Mohon Dengan Kelayakan SPM Dalam SPA8i? Ini Jawapannya

Disebabkan persaingan yang tinggi bagi jawatan berkelayakan ijazah dan tidak yakin untuk mohon dengan kelayakan ijazah, pasti ramai yang terfikir nak mohon dengan kelayakan SPM supaya peluang untuk dapat tawaran lebih tinggi.

Bolehkah Lepasan Ijazah Mohon Jawatan Dengan Kelayakan SPM?

Jadi, boleh kah?

Untuk menjawab persoalan ini, rujukan daripada portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia telah dilakukan bagi mengesahkan kesahihannya. Menurut jawapan daripada portal SPA,

Calon hanya boleh mohon jawatan berdasarkan prinsip one step lower sahaja.

Ini bermaksud, calon hanya boleh mohon jawatan satu langkah lebih rendah daripada kelayakan sedia ada.

Contohnya Jika anda memiliki kelayakan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil (bergantung kepada syarat lantikan).

Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma/STP/STPM/STAM/HSC (bergantung kepada syarat skim lantikan) dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM STP/STPM/STAM/HSC berkenaan.

Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017, calon dengan kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan dalam 39 skim perkhidmatan di Gred 29 seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling perkhidmatan tersebut.

Walau bagaimanapun, calon masih lagi tertakluk kepada asas tapisan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya sebelum layak ke peringkat ujian atau temu duga.

Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA?

Bagi yang masih tidak mendapat apa-apa panggilan SPA walaupun sudah lama memohon, cuba ada semak balik beberapa kesalahan yang anda tidak sedar yang mungkin menyebabkan anda tidak dapat panggilan SPA di sini.

Kesimpulannya di sini, pemegang kelayakan Ijazah Sarjana Muda TIDAK BOLEH mohon dengan menggunakan kelayakan SPM. Calon hanya boleh mohon untuk kelayakan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC/Sijil sahaja.

Semoga perkongsian ini jelas memberikan jawapan kepada anda yang masih buntu!

Baca juga: Cara Mohon & Kemaskini Jawatan Kosong Di Portal SPA

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma