Cara Mohon Program JUMPER PUNB 2020 Untuk Graduan, Elaun Sehingga RM1200 Sebulan Disediakan

Adakah anda merupakan seorang graduan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan? Jika ya, terdapat berita baik untuk anda. Anda boleh menyertai Program Jumper PUNB yang akan membantu anda dalam dunia perniagaan.

APA ITU JUMPER PUNB?

Jumper PUNB adalah merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu graduan yang telah memilih bidang perniagaan sebagai bidang kerjaya mereka.

Program ini bukan sahaja membantu dari segi modal tetapi juga turut membekalkan ilmu tentang bidang perniagaan kepada peserta.

Selain didedahkan kepada dunia sebenar cara pengurusan perniagaan di syarikat-syarikat yang bernaung di bawah PUNB, peserta program Jumper PUNB juga akan turut diberikan kursus serta latihan teori.

Berminat dengan program ini tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengemukakan permohonan? Jangan bimbang! Dalam artikel ini, kami akan kongsikan Cara Mohon Program JUMPER PUNB 2020.

PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2020

Iklan Permohonan JUMPER PUNB 2020

Untuk makluman, pengambilan April 2020 telah dibuka sehingga 27 Januari 2020. Jadi sila kemukakan permohonan anda sebelum tarikh tutup.

PENGENALAN PROGRAM JUMPER PUNB

Program JUMPER ‘Start Up’ ialah program latihan keusahawanan bagi siswazah muda Bumiputera (Perantis) yang memilih untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Para perantis akan di dedahkan kepada pembelajaran sebenar tentang pengurusan perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat naungan PUNB (mentor).

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.

KEISTIMEWAAN YANG BAKAL DIPEROLEH PESERTA JUMPER PUNB 2020

Sebelum mengetahui Cara Memohon Insentif Program Jumper PUNB, ada baiknya jika anda teliti keistimewaan-keistimewaan yang bakal anda terima sekiranya menjadi peserta Jumper PUNB. Berikut merupakan senarai keistimewaan tersebut:

  • Perantis akan menerima elaun sara diri bulanan sebanyak RM1,200. 
  • Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkutan selama 8 bulan.
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani latihan termasuk kursus penyediaan Rancangan Perniagaan.    
  • Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan GERAN berjumlah RM10,000 beserta pembiayaan minimum sebanyak RM40,000

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PROGRAM JUMPER PUNB 2020

Sila teliti setiap daripada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon Program Jumper PUNB terlebih dahulu sebelum anda mengemukakan permohonan.

Pastikan juga anda memenuhi setiap daripada syarat-syarat ini. Antara syarat-syarat kelayakan memohon Program Jumper PUNB adalah seperti berikut:

  • Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan ke arah global.
  • Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan.           
  • Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 1 dan 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan.         
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam pelbagai industri.          
  • Sanggup menjalani latihan sepenuh masa

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2020

Berikut adalah cara-cara untuk mengemukakan permohonan Program Jumper PUNB bagi tahun 2020. Sila turuti langkah-langkah yang disediakan di bawah untuk memohon program ini.

  • Peserta mendaftar dan menghadiri temuduga panel    pemberitahuan sekiranya disenarai pendek         
  • Proses penempatan & kelulusan         
  • Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan         
  • Peserta lapor diri & latihan bermula

Untuk makluman, pengambilan April 2020 telah dibuka sehingga 27 Januari 2020. Jadi sila kemukakan permohonan anda sebelum tarikh tutup.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2020

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan permohonan Program Jumper PUNB 2020 ini, anda boleh hubungi talian-talian berikut:

  • Talian Bebas Tol: 1300-13-7862      
  • Tel: 03 – 2785 1417 / 1413 / 1908 / 1477
  • E-mel: jumper@punb.com.my

Jadi, buat anda yang betul-betul berminat dalam bidang perniagaan, rebutlah peluang ini dengan segera. Program ini telah pun dibuka untuk permohonan. Jangan tunggu lagi. Mohonlah segera!

BORANG PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PUNB JUMPER

Berikut pula adalah link untuk anda muat turun borang permohonan. Sila klik pada link yang disediakan di bawah.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma