Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Ulu Albab Melaka (MAIM)

IMTIAZ Melaka – Center of excellence adalah sebuah sekolah agama berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Matlamat utama penubuhan IMTIAZ Melaka adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam subjek agama dan akademik, tetapi juga berkemahiran dalam bersosialisasi serta kepimpinan.

IMTIAZ Melaka kini mempelawa calon-calon yang berkelayakan  untuk mohon kemasukan ke tingkatan 1 di Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka (MAIM). Permohonan boleh dibuat secara online sehingga 30 Oktober 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pembelajaran di IMTIAZ Melaka dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 24 September hingga 30 Oktober 2021

PENEKANAN SISTEM PEMBELAJARAN

Penekanan sistem pembelajaran sekolah ini adalah melalui Program ULUL ALBAB iaitu hafazan Al-Quran, penguasaan pelbagai bahasa dan pendedahan kepada sains dan teknologi serta keupayaan minda yang akan melahirkan pelajar-pelajar “GENERASI ULUL ALBAB” yang cemerlang dalam semua bidang dan mempunyai keperibadian muslim yang unggul.

KEUNIKAN IMTIAZ

Antara keunikan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka adalah:

Program Komuniti

  • Solat Jenazah
  • Ziarah Kubur
  • Gotong Royong

Pembelajaran Superlearning

  • Pembelajaran Berkumpulan
  • Program Bahasa Arab
  • Bahasa Asing (Mandarin, Perancis & Jepun)

Pembangunan Personaliti

  • Nasyid
  • Hafazan Al Quran
  • Silat
  • Taekwando
  • Robotik
  • Avionik

Online Learning

  • Menggunakan IPAD sepenuhnya
  • Pembelajaran yang interaktif dan menarik
  • Memenuhi keperluan pembelajaran Abad ke-21
  • Bersesuaian dengan revolusi industri pendidikan 4.0

SYARAT KEMASUKAN

Berikut adalah syarat kemasukan pelajar tingkatan 1:

  • Mempunyai pentaksiran bilik darjah (PBD) Tahun 2 hingga Tahun 6
  • 50% keutamaan diberikan kepada anak negeri Melaka
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 3A 3B dalam peperiksaan akhir tahun 6 (2021)
  • Lelaki sahaja
  • Bidang yang ditawarkan adalah sains tulen sahaja

Calon yang mohon kemasukan mestilah melepasi:

  • Temuduga Khas Calon
    i) Al Quran (Hafzan & Tilawah)
    ii) Ujian Kecerdasan (IQ)
    iii) Personaliti Pelahar
  • Lulus Temuduga
    i) Mereka yang berjaya temuduga akan dipanggil ke simulasi
  • Temuduga Khas Ibu Bapa
    i) Penilaian Komitmen dan Penglibatan

CARA MOHON

Sekiranya anda ada anak yang berminat untuk sambung pengajian Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka (MAIM), anda boleh buat permohonan sekarang sebelum tarikh tutup iaitu 30 Oktober 2021 secara online melalui pautan berikut:

Calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk ikuti temuduga khas. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman www.sekmenimtiazmelaka.com atau hubungi talian 06 385 3055 untuk sebarang pertanyaan.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma