Permohonan Gerak Malaysia Sah Digunakan Dalam Tempoh 2 Hari Dari Tarikh Kelulusan Anda Terima

Ekoran Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang yang diisytihar kerajaan pada bulan Mac lalu, ramai rakyat Malaysia yang terperangkap dan terkandas di kampung masing-masing kerana kerajaan tidak membenarkan sebarang perjalanan lintas negeri jika tiada urusan penting.

Namun kini orang ramai boleh membuat permohonan permit pegerakan bagi yang terkandas di kampung halaman sebelum tempoh PKP dikuatkuasakan menerusi aplikasi Gerak Malaysia yang boleh dimuat turun di telefon pintar masing-masing.

Permohonan Gerak Malaysia yang dimohon adalah sah digunakan dalam tempoh 2 hari dari tarikh kelulusan anda terima. Bagaimana tu? Ikuti perkongsian di bawah untuk keterangan lebih lanjut.

PERMOHONAN GERAK MALAYSIA YANG DIMOHON SAH DALAM TEMPOH 2 HARI

Seperti yang kita tahu, permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia telah dibuka sejak 25 April lalu. Namun kelulusan  yang diterima bukanlah pada hari permohonan. Orang ramai perlu menunggu kelulusan permohonan baru boleh membuat pergerakan merentasi negeri.

Perlu diingatkan bahawa permohonan yang telah diluluskan adalah sah dalam tempoh 2 hari dari tarikh kelulusan diterima. Ini bermaksud, anda boleh gunakan permit yang telah diluluskan itu dalam tempoh 2 hari untuk merentasi negeri.

Contohnya anda terkandas di Perak. Keluarga terkandas di Kuantan, Pahang. Rumah dan tempat kerja di Kuala Lumpur. Anda boleh bergerak dari Perak ke Kuantan untuk mengambil keluarga kemudian terus ke Kuala Lumpur dalam tempoh yang diberikan selama 2 hari tersebut.

Permohonan Gerak Malaysia Sah Digunakan Dalam Tempoh 2 Hari Dari Tarikh Kelulusan Anda Terima

Permohonan yang diluluskan adalah digunakan sebagai permit merentasi negeri yang sah selama 2 hari selepas tarikh kelulusan sahaja. Jadi, anda dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda sebaiknya bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma