Panduan Permohonan & Semakan Bayaran RM500 One Off Buat Pesara & Petugas Polis
Semasa ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan 2021 bertarikh 26 November 2020, kerajaan telah bersetuju untuk memberi inisiatif pemberian bantuan RM500 secara one-off kepada kategori Pesara Polis/ Bekas Polis/ Petugas Polis yang masih hidup iaitu seramai 80 ribu orang.
Jabatan Pengurusan PDRM dipertanggungjawabkan untuk membantu dan menyelaras urusan penganugerahan PJPN dan pemberian bayaran one off kepada golongan yang layak melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.
Pemberian bayaran RM500 kepada petugas dan pesara polis yang layak adalah bermula Mac 2021 (semak Tarikh Bayaran Bantuan Polis). Petugas dan pesara polis diminta untuk kemukakan permohonan mengikut panduan di bawah.
Isi Kandungan
PANDUAN PERMOHONAN
Untuk makluman anda, permohonan dibuka bagi 3 kategori berikut:
- Kategori 1: Telah terima dan mempunyai rekod PJPN
- Kategori 2: Telah menerima pingat dan tidak mempunyai rekod
- Kategori 3: Tidak pernah menerima PJPN (Permohonan baru)
Kategori 1
- Pergi ke Sistem ePesara di https://epesara.rmp.gov.my/
- Klik link semakan kelayakan One Off RM500 Penerima PJPN Bagi pesara/ Bekas Polis
- Masukkan No Kad Pengenalan/ Taipkan Kod Pengesahan dan tekan butang semak
- Kemaskini maklumat dan muat naik dokumen diperlukan
Kategori 2

- Kemaskini maklumat bank dan muat naik dokumen diperlukan
- Klik kemaskini maklumat penganugerahan pingat
- Kemaskini maklumat dan muat naik dokumen diperlukan
Kategori 3
- Pergi ke Sistem ePesara di https://epesara.rmp.gov.my/
- Klik link semakan kelayakan One Off RM500 Penerima PJPN Bagi pesara/ Bekas Polis
- Masukkan No Kad Pengenalan/ Taipkan Kod Pengesahan dan tekan butang semak
- Kemaskini maklumat bank dan muat naik dokumen diperlukan
- Klik ikon Permohonan Baru Penerima PJPN
- Kemaskini Maklumat Permohonan Baru Penerima PJPN
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dimuat naik:
Pesara Polis
- Salinan Kad Pengenalan Awam
- Salinan Kad Pesara Polis/ Kad Pesara JPA
- Salinan Akaun Bank/ Salinan Penyata Bank
Bekas Polis/ Petugas Polis
- Salinan Kad Pengenalan Awam
- Salinan Dokumen Pengesahan Perkhidmatan
- Salinan Akaun Bank/ Salinan Penyata Bank
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN & BAYARAN
Semakan proses permohonan dan bayaran boleh dibuat dengan langkah berikut:
- Pergi ke Sistem ePesara di https://epesara.rmp.gov.my/
- Klik link semakan kelayakan One Off RM500 Penerima PJPN Bagi pesara/ Bekas Polis
- Masukkan No Kad Pengenalan/ Taipkan Kod Pengesahan dan tekan butang semak
- Klik ikon Semak Status Permohonan
- Status permohonan akan dipaparkan
i) Status Dalam Proses: Masih dalam tindakan
ii) Status Bayaran ke akaun penerima: Bayaran telah berjaya