Beli Barang Runcit Dengan Pandamart Tanpa Caj Penghantaran. Tak Perlu Keluar Rumah

Dengan pelbagai perkhidmatan yang ada sekarang ini, hampir semua perkara boleh anda dapatkan hanya dengan duduk di rumah sahaja. Kini, anda boleh beli barang-barang runcit tanpa perlu keluar rumah dengan perkhidmatan daripada Foodpanda iaitu Pandamart.

Apa yang lebih menariknya Pandamart ini adalah caj penghantaran adalah PERCUMA! Anda hanya perlu bayar harga barang sahaja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Pandamart dan cara menggunakannya.

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN

Perkhidmatan penghantaran ini melibatkan lebih daripada 3,500 produk dan merangkumi 100 jenama antarabangsa dan juga produk tempatan seperti:

  • Barang keperluan rumah
  • Barangan segera
  • Produk kecantikan
  • Ubat-ubatan

LOKASI PERKHIDMATAN PANDAMART

Perkhidmatan penghantaran Pandamart ini sebenarnya sudah beroperasi secara online bermula Julai lalu. Pandamart boleh didapati di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor yang meliputi kawasan berikut:

Lembah Klang

  1. Bangsar
  2. Setapak
  3. Subang
  4. Ampang/ Cheras
  5. Bukit Tinggi
  6. Bukit Jalil
  7. Petaling Jaya
  8. KLCC
  9. Puchong
  10. Balakong
  11. Kajang
  12. Setia Alam
  13. Kota Damansara
  14. Shah Alam
  15. Ara Damansara
  16. Selayang
  17. Sungai Buloh
  18. Cyberjaya
  19. Mont Kiara

Pulau Pinang

  1. Bayan Lepas
  2. Georgetown/ Jelutong
  3. Perai/ Bukit Mertajam

Johor

  1. Mount Austin
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Permas Jaya

CARA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PANDAMART

Berikut adalah langkah-langkah menggunakan perkhidmatan Pandamart untuk penghantaran barang runcit:

  1. Buka aplikasi Foodpanda anda
  2. Klik SHOPS
  3. Pilih PANDAMART (pada bahagian Fastest Delivery)
  4. Pilih barangan runcit yang anda mahukan dan masukkan dalam CART
    Beli Barang Runci Dengan Pandamart Tanpa Caj Penghantaran. Tak Perlu Keluar Rumah
  5. Setelah selesai pilih barangan, CHECKOUT barangan anda seperti biasa
    Beli Barang Runci Dengan Pandamart Tanpa Caj Penghantaran. Tak Perlu Keluar Rumah

MAKLUMAT PENGHANTARAN PANDAMART

Jumlah Pembelian Minimum:

  • RM5

Tempoh Penghantaran:

  • Tempoh penghantaran adalah selama 20 minit sahaja dan bergantung kepada jumlah barangan yang anda order

Caj Penghantaran

  • Caj penghantaran item Pandamart adalah percuma sepanjang tempoh empat bulan pertama pembukaan Pandamart. Kemudiannya akan dicaj RM1 hingga RM2 untuk setiap penghantaran

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma