Program PERINTIS: Daftar & Sertai Latihan Sambil Bekerja, Terima Elaun RM800

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mempelawa lepasan mahasiswa atau lepasan sekolah yang ada sijil kemahiran serta Perak Employability Training Scheme (PERANTIS), iaitu program bina kerjaya atau On The Job Training selama 6 bulan di syarikat/ agensi terpilih.

Pelbagai bidang jawatan di program yang ditawarkan. Bagi yang berminat, anda boleh buat permohonan sekarang. Peserta yang layak akan terima pelbagai manfaat program termasuk elaun bulanan sebanyak RM800.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Perak Employability Training Scheme (PERANTIS)
  • Anjuran: Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)
  • Tempoh program: 6 bulan
  • Golongan sasaran: Lepasan mahasiswa/ Sijil kemahiran

JAWATAN DI PROGRAM PERINTIS

Antara jawatan yang ditawarkan untuk program PERINTIS adalah:

  • Pereka Grafik / Graphic Designer
  • Eksekutif Pemasaran / Marketing Executive
  • Pegawai IT / IT Officer
  • Pembuat Kek & Roti / Bakers
  • Jurnalis / Journalist
  • Penyelidik / Researcher
  • Pegawai Statistik / Statistician
  • Pembantu Projek / Project Assistant
  • Pegawai Media / Media Officer
  • Eksekutif Akaun / Account Executive
  • Pentadbiran /Administrative
  • Pemasaran Digital / Digital Marketer
  • Pereka Dalaman / Interior Designer
  • Kerani & Khidmat Pelanggan / Admin Clerk cum Customer Service

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan mengikuti program tersebut adalah:

  • Program latihan di tempat kerja selama 6 bulan di syarikat/ agensi terpilih
  • Elaun RM800 sebulan
  • Perlindungan insuran kemalangan disediakan
  • Soft skills training oleh konsultan terlatih

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia dan merupakan anak kelahiran negeri Perak atau bermastautin di Perak melebihi 5 tahun
  • Lepasan mahasiswa diploma/ ijazah kursus pengurusan atau mempunyai sijil kemahiran daripada institusi kemahiran
  • Berumur di antara 20-28 tahun
  • Keutamaan diberikan kepada graduan menganggur

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, anda boleh buat permohonan sekarang dengan mengisi borang permohonan secara online di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus ke laman https://perakpasak.org/ atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 018 2974725.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma