Individu Bekerja Sendiri Boleh Dapat Kelulusan Pergerakan Secara One-Off

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini telah memberikan kelulusan pergerakan secara one-off kepada pekerja sendiri seperti Tukang Paip/ Penyelenggara/ Penjaja Tepi Jalan yang tiada majikan untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Kelulusan berkenaan yang tamat pada 28 Jun 2021, akan diberikan pelanjutan secara automatik sehigga 7 Julai 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian kelulusan automatik kepada individu yang bekerja sendiri.

INDIVIDU BEKERJA SENDIRI

Individu bekerja sendiri yang mendapat kelulusan automatik secara one-off adalah terdiri daripada:

  • Tukang paip
  • Penyelenggara
  • Penjaja Tepi Jalan
  • Pekerja Sendiri Tanpa Majikan

Bagi pergerakan selepas 7 Julai 2021 di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), perlu mengemukakan permohonan pergerakan baharu yang mana kelulusan pergerakan akan diberikan untuk tempoh 14 hari dan perlu dimohon semula apabila tamat.

TEMPOH KELULUSAN PERGERAKAN

Kelulusan pergerakan akan diberikan untuk tempoh:

  • 14 hari

Pemohon perlu buat PERMOHONAN BAHARU semula apabila tamat tempoh kebenaran diberikan.

Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika berurusan di balai polis. PDRM juga menyeru orang ramai untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan keluk penularan wabak Covid-19.

Individu Bekerja Sendiri Boleh Dapat Kelulusan Pergerakan Secara One-Off Individu Bekerja Sendiri Boleh Dapat Kelulusan Pergerakan Secara One-Off

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma