Pergerakan Dibenarkan Hanya Dalam Radius 10km. Ini Cara Ketahui Radius 10km Dari Rumah
Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri minggu lepas telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun “total lockdown” Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021.
Sepanjang tempoh ini, SEMUA sektor TIDAK DIBENARKAN untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economy and service sector) yang telah disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara. Kerajaan juga telah menetapkan SOP sepanjang tempoh total lockdown dan salah satunya adalah pergerakan hanya boleh dilakukan dalam radius 10KM dari tempat kediaman sahaja.
Macam mana nak tahui radius 10KM dari rumah dan sampai mana kita boleh pergi? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui radius 10KM dari tempat kediaman masing-masing.
Isi Kandungan
SOP PERGERAKAN TOTAL LOCKDOWN
Berikut adalah SOP pergerakan Total Lockdown yang anda perlu tahu:
- Pergerakan hanya dibenarkan untuk membeli barang keperluan atau tujuan kesihatan sahaja
- Pergerakan boleh dibuat dalam lingkungan 10km dari tempat kediaman sahaja
- Hanya 2 orang sahaja dibenarkan dalam satu kenderaan untuk mendapatkan keperluan asas & 3 orang untuk tujuan perubatan
- Pergerakan untuk bekerja hanya boleh dibuat dengan kelulusan kementerian sahaja
Rujuk: SOP Penuh Total Lockdown & Premis Yang Dibenarkan Beroperasi
CARA KETAHUI RADIUS 10KM DARI RUMAH
Nak tahu radius 10km dari rumah dan tahu sampai mana anda boleh bergerak, ikut langkah berikut:
- Pergi ke pautan https://2kmfromhome.com/10km
- Gerakkan ‘Drop Pin’ ke kawasan rumah anda
- Radius 10 km dari kediaman anda adalah kawasan yang termasuk dalam bulatan merah
Mudah kan? Walaubagaimanapun, orang ramai diminta untuk hanya kekal berada di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar rumah. Bersama-sama kita hentikan penularan wabak Covid-19 dengan mengikut perintah kerajaan.