Perbezaan Antara Pekerja Sambilan Harian (PSH) Dengan Personel MySTEP Yang Anda Perlu Tahu
Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan inisiatif MySTEP sebagai langkah jangka pendek untuk menangani isu pengangguran, membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat yang seterusnya akan membantu Kerajaan dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik secara amnya.
Sehingga kini kita dapat lihat setiap hari pasti ada iklan jawatan Personel MySTEP ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan GLC. Untuk makluman anda, inisiatif ini merupakan penambahbaikan dari pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) sedia ada.
Dah tahu apa perbezaan antara PSH dengan personel MySTEP? Jika belum, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
PERBEZAAN ANTARA PSH DAN MYSTEP
Berikut adalah perbezaan antara Pekerja Sambilan Harian (PSH) dengan Personel MySTEP yang ramai tak tahu:
KELEBIHAN INISIATIF MYSTEP
Ramai yang pandang rendah tentang program MyStep kerana program ini merupakan program jangka pendek. Tetapi sebenarnya banyak kelebihan lain seperti:
- Peluang bekerja dengan kerajaan dan GLC besar
- Berpeluang sambung perkhidmatan jika prestasi baik sepanjang program
- Elaun bulanan dan pelbagai kemudahan disediakan
- Peluang cari ilmu baru dalam pekerjaan terutama fresh gradate yang masih belum ada pengalaman
- Boleh jadikan pengalaman kerja yang boleh dikemaskini dalam resume
CARA MOHON PROGRAM MYSTEP
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kerja melalui program MySTEP, anda boleh mohon sekarang mengikut edaran iklan pengambilan yang ditawarkan dari semasa ke semasa. Iklan pengambilan MySTEP boleh disemak setiap hari di laman berikut:
Untuk jawatan MySTEP sektor kerajaan, permohonan tidak perlu dibuat melalui sistem SPA9. Pemohon hanya perlu hantar dokumen diminta seperti Resume dan Sijil akademik untuk buat permohonan melalui email yang disediakan. Email permohonan yang dihantar mestilah jelas dan bersesuaian. Dapatkan contoh email langkah permohonan jawatan MySTEP di bawah:
Buat graduan atau pencari kerja di luar sana, jangan sia-siakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini. Melalui MySTEP, anda mungkin boleh berpeluang mendapatkan kerja secara tetap atau dapatkan pengalaman kerja yang boleh dijadikan pasaran untuk mencari kerja nanti.