Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Perbezaan Antara Pembelajaran SLaPB, SLDN & PPT Untuk Dapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Oleh Cikgu Shaari • October 13, 2022 • 2 min baca

Perbezaan Antara Pembelajaran SLaPB, SLDN & PPT Untuk Dapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Memang tidak dapat dinafikan tidak ramai yang tahu atau pandang rendah dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Kebanyakan lepasan SPM hanya terfikir untuk sambung pengajian peringkat STPM, Diploma atau Asasi sahaja selepas tamat pengajian di sekolah. Tetapi ramai yang dah terlepas pandang dengan kelebihan yang ditawarkan oleh SKM!

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah satu dokumen yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia. Namun berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu SKM ada berapa tahap-tahapnya?

Baca: 5 Tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Untuk Lepasan SPM & Kelebihannya

Tahu tak, semua pensijilan SKM boleh diperolehi melalui beberapa kaedah pembelajaran iaitu SLaPB, SLDN atau PPT. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perbezaan antara ketiga-tiha kaedah pembelajaran untuk dapatkan SKM tersebut.

3 JENIS KAEDAH PEMBELAJARAN UNTUK DAPATKAN SKM

Untuk pengetahuan semua Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) boleh diperoleh melalui tiga jenis kaedah:

  • SLaPB (Sistem Latihan Program Bertauliah)
  • SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional)
  • PPT (Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)

PERBEZAAN ANTARA 3 JENIS KAEDAH PEMBELAJARAN SKM

Berikut adalah perbezaan antara 3 jenis kaedah pemberalajaran SKM:

SLaPB (Sistem Latihan Program Bertauliah)

  • Mod: Sepenuh masa/ Separuh masa
  • Syarat kelayakan:
    Program Penuh – Tiada had umur
    Program Modular – berumur 18 tahun ke atas dan boleh membaca dan menulis (Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris)
  • Kumpulan Sasar: lepasan sekolah

SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional)

  • Mod: 70% amali & 30% teori
  • Syarat kelayakan: berumur 16 tahun ke atas dan boleh membaca dan menulis (BM & BI)
  • Kumpulan sasaran: Syarikat

PPT (Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)

  • Mod: Penilaian portfolio atau amali
  • Syarat kelayakan: Memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja
  • Kumpulan sasaran: Pekerja yang berpengalaman

Baca juga: Boleh Ke Sambung Degree Jika Ambil SKM? Boleh, Nak Jadi Tenaga Pengajar Pun Boleh!

Jika pelatih berjaya menjalani sehingga ke tahap tertinggi iaitu DLKM Tahap 5, sudah berbaloi untuk mempunyai kerjaya yang cemerlang. Sebenarnya jika mengikut carta alir tahap-tahap Persijilan Kemahiran Malaysia, pelatih boleh menuntut ilmu sehingga MTM Tahap 8 iaitu peringkat Malaysian Skills Technology.

Dilihat dari sudut masa depannya maka boleh dikatakan bidang kemahiran semakin mendapat tempat di hati pelatih yang merebut peluang yang semakin lumayan.

Majikan industri-industri di Malaysia ini juga semakin berani untuk merebut pelatih separuh mahir dan mahir ini untuk berkhidmat di premis mereka. Apatah lagi kerajaan Malaysia telah meletakkan harapan tinggi dalam bidang kemahiran dengan wujudnya Revolusi Industri 4.0.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.