Perbezaan Antara Dos Penggalak, Dos Primer & Dos Tambahan Yang Anda Perlu Tahu

Sehingga kini negara kita sudah mencapai kadar vaksinasi yang agak memberangsangkan iaitu telah melebihi 90% dewasa lengkap 2 dos vaksin. Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis dos vaksin Covid-19 diberikan kepada orang ramai. Pemberian dos vaksin ini sangat penting bagi mengurangkan kesan jangkitan Covid-19 sekiranya dijangkiti.

Sejak Oktober 2021 lalu, Kerajaan telah memulakan pemberian dos ketiga kepada individu-individu yang berisiko tinggi terutamanya para barisan hadapan dan warga emas yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya 6 bulan yang lalu.

Seringkali kita mendengar tentang dos penggalak, dos tambahan dan dos primer, namun tak ramai yang tahu apa beza ketiga-tiga dos ini. Jika nak tahu perbezaan antara 3 dos ini, ikuti perkongsian di bawah.

PERBEZAAN DOS PENGGALAK, DOS TAMBAHAN & DOS PRIMER

Berikut adalah perbezaan antara dos penggalak, dos tambahan dan dos primer yang anda perlu tahu:

Dos Penggalak

Dos penggalak merupakan dos yang diberikan kepada penerima vaksin dos primer yang telah mendapat ransangan imun yang optima tetapi tahap imuniti menurun selepas 6 bulan menerima dos primer lengkap.

Individu yang akan menerima dos penggalak adalah:

  • Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas
  • Anggota barisan hadapan seperti petugas kesihatan dan ATM

Namun KKM telah memaklumkan bahasa dos penggalak akan turut diberikan kepada penerima vaksin Sinovac sekurang-kurangnya mereka yang telah mendapatkan vaksin tersebut dalam tempoh 4 bulan yang lalu.

Kaedah pemberian: Janji temu melalui aplikasi MySejahtera atau pesanan ringkas atau panggilan telefon daripada pusat pemberian vaksin (PPV)

Dos Tambahan

Dos tambahan merupakan dos vaksin yang akan diberikan kepada penerima yang tidak mendapat rangsangan imun yang mencukupi selepas menerima vaksin primary series. Dos Tambahan akan diberikan sekurang-kurangnya selepas 28 hari lengkap dos.

Individu yang akan menerima dos tambahan ini adalah:

  • Individu yang mempunyai imuniti yang rendah seperti pesakit kanser
  • Penerima organ
  • Pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis di mana pemberian dos lengkap tidak cukup memberi perlindungan kepada mereka
Kaedah pemberian: Diberikan di fasiliti kesihatan terpilih di bawah pemantauan pakar perubatan.

Dos Primer

Dos Primer merupakan bilangan dos lengkap yang perlu diterima oleh individu yang layak bagi mendapatkan rangsangan imun yang optime.

Contohnya dos primer untuk vaksin Comirnaty CoronaVac dan AstraZeneca terdiri daripada dos pertama dan dos kedua manakala bagi vaksin Convidecia (CanSino) dan Jenssen terdiri daripada satu dos sahaja.

Dah tahu perbezaan antara ketiga-tiga dos vaksin ini? Pasti ada yang tertanya-tanya, orang awam akan terima vaksin jenis apa? Untuk itu, Kementerian Kesihatan Malaysia akan memaklumkan jenis vaksinasi yang akan diberikan kepada orang awam dalam tempoh tertentu.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma