Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

SPAJ Johor: Cara Daftar Sistem Permohonan Kerja Perkhidmatan Awam Negeri Johor

Oleh Cikgu Shaari • November 11, 2021 • 2 min baca

SPAJ Johor: Cara Daftar Sistem Permohonan Kerja Perkhidmatan Awam Negeri Johor
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sistem Pengurusan Tenaga Kerja Negeri Johor atau dikenali sebagai JohorCareer merupakan satu inisiatif oleh Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Sistem ini dibangunkan untuk mengurus dan memantau data-data berhubung dengan penawaran dan permintaan modal insan di Johor secara umumnya dan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia secara khususnya. Orang Johor terutamanya graduan di dialu-alukan untuk buat permohonan jawatan melalui sistem ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Sistem Pengurusan tenaga Kerja Negeri Johor atau JohorCareer.

OBJEKTIF JOHORCAREER

Sistem ini bertujuan untuk:

  • Membantu para pencari kerja dalam mencari kerja yang bersesuaian
  • Menyediakan peluang-peluang untuk mereka yang inginkan peningkatan dalam kerjaya
  • Sistem ini juga menyediakan maklumat berkaitan dengan permintaan dan penawaran tenaga kerja di Johor

KELEBIHAN JOHORCAREER

Antara kelebihan rakyat Johor yang berdaftar dengan JohorCareer adalah:

  • Anda akan mendapat maklumat kekosongan jawatan yang terkini
  • Berita dan makluman penting akan dihantar menerusi emel
  • Segala maklumat dan butiran peribadi akan dirahsiakan
  • Anda akan mendapat informasi yang terkini
  • Anda boleh membuat tetapan padanan pekerjaan

CARA DAPATKAN IKLAN JAWATAN KOSONG SEMASA

Iklan jawatan kosong semasa yang ditawarkan boleh disemak di laman berikut:

Klik IKLAN JAWATAN KOSONG di bahagian INFORMASI.

Senarai iklan jawatan kosong akan dipaparkan.

CARA DAFTAR JOHORCAREER

Permohonan bagi jawatan yang ditawarkan di JohorCareer akan diterima pada melalui Borang SPAJ.01-Online sahaja. Pemohon perlu mendaftar sebagai pencari kerja untuk buat permohonan secara online di pautan berikut:

Anda boleh rujuk panduan lengkap cara membuat pendaftaran pengguna baru serta mengisi borang permohonan untuk jawatan sektor awam dan sektor swasta yang ditawarkan di bawah:

Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Anda dinasihatkan untuk ikuti Portal, Facebook dan Twitter rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor untuk mengetahui perkembangan semasa.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://spaj.johor.gov.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.