Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Perbankan SMS BSN: Cara Semak Baki & Transfer Duit BSN Melalui SMS

Oleh Cikgu Shaari • September 30, 2022 • 2 min baca

Perbankan SMS BSN: Cara Semak Baki & Transfer Duit BSN Melalui SMS
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Nikmati kemudahan perbankan terus dari telefon anda melalui BSN : SMS! Gunakan kemudahan ini untuk memindahkan wang, tambah nilai kad telefon prabayar anda, bayar bil dan semak baki akaun bank dengan mudah.

Pasti semua dah tahu berkenaan perbankan online BSN. Tetapi tak ramai yang tahu kewujudan perbankan SMS BSN. Mudah, selepas ini dah tak perlu pergi ke kaunter BSN untuk berurusan, anda boleh buat guna telefon bimbit sahaja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkenaan perkhidmatan SMS BSN dan cara mengaktifkan kemudahan ini.

MANFAAT BSN:SMS

Kemudahan BSN: SMS ini memberi manfaat kepada pengguna seperti berikut:

  • Mudah. Tidak perlu lagi beratur di bank
  • Menyenangkan. Anda boleh membayar bil dengan selesa di rumah sendiri, di tempat kerja, di kafe, di taman, di mana-mana sahaja
  • Transaksi yang selamat dan terjamin

KELAYAKAN

Kemudahan ini boleh digunakan oleh pemegang akaun BSN GIRO/ GIRO-i dengan mana-mana daripada yang berikut:

  • Kad ATM BSN (Matrix-i, GIRO/ GIRO-i)
  • Memiliki telefon bimbit

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan menerusi BSN: SMS:

  • Pertanyaan Baki (GIRO/ GIRO-i/ Kad Kredit)
  • Pemindahan Dana (Akaun Sendiri/ Pihak Ketiga)
  • Pembayaran Bil
  • Tambah Nilai Prabayar
  • Pembayaran Kad Kredit (Sendiri/ Pihak Ketiga)
  • Pembelian SSP
  • Pembelian Pin

DAFTAR BSN:SMS

Untuk menggunakan kemudahan perbankan SMS BSN, anda mestilah daftar terlebih dahulu dengan langkah berikut:

  1. Daftar untuk perkhidmatan: Pergi ke mana-mana Cawangan BSN dan daftarkan nombor telefon bimbit anda
    Perbankan SMS BSN: Cara Semak Baki & Transfer Duit BSN Melalui SMS
  2. UAC (4 digit) akan diberikan kepada anda melalui cetakan pada Borang SMP-1
    Perbankan SMS BSN: Cara Semak Baki & Transfer Duit BSN Melalui SMS
  3. Apabila pendaftaran berjaya dilakukan, anda akan menerima SMS yang mengandungi M-PIN (6-digit) dan UAC (2-digit)
    Perbankan SMS BSN: Cara Semak Baki & Transfer Duit BSN Melalui SMS
  4. Aktifkan perkhidmatan: Masukkan ACTM-PIN 6 digit UAC (4 digit + 2 digit)
    Perbankan SMS BSN: Cara Semak Baki & Transfer Duit BSN Melalui SMS
  5. Hantarkan ke BSN: SMS kod pendek (36898), atau 019 2866180 (Celcom), 017 377 6180 (Maxis) dan 014 3386180 (DiGi)
    Perbankan SMS BSN: Cara Semak Baki & Transfer Duit BSN Melalui SMS
  6. Mulakan aktiviti perbankan
    Perbankan SMS BSN: Cara Semak Baki & Transfer Duit BSN Melalui SMS

CARA GUNAKAN KEMUDAHAN PERBANKAN SMS BSN

Untuk menggunakan perkhidmatan perbankan SMS BSN, anda perlu masukkan Kod Transaksi di yang ditetapkan melalui pesanan ringkas SMS dan hantarkan ke BSN (36898).

Berikut adalah senarai kod transaksi mengikut jenis perkhidmatan:

Perbankan SMS BSN: Cara Semak Baki & Transfer Duit BSN Melalui SMS

CAJ PERKHIDMATAN

Berikut adalah caj perkhidmatan yang dikenakan bagi setiap kemudahan:

Perbankan SMS BSN: Cara Semak Baki & Transfer Duit BSN Melalui SMS Perbankan SMS BSN: Cara Semak Baki & Transfer Duit BSN Melalui SMS

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.