Perbankan SMS BSN: Cara Semak Baki & Transfer Duit BSN Melalui SMS
Nikmati kemudahan perbankan terus dari telefon anda melalui BSN : SMS! Gunakan kemudahan ini untuk memindahkan wang, tambah nilai kad telefon prabayar anda, bayar bil dan semak baki akaun bank dengan mudah.
Pasti semua dah tahu berkenaan perbankan online BSN. Tetapi tak ramai yang tahu kewujudan perbankan SMS BSN. Mudah, selepas ini dah tak perlu pergi ke kaunter BSN untuk berurusan, anda boleh buat guna telefon bimbit sahaja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkenaan perkhidmatan SMS BSN dan cara mengaktifkan kemudahan ini.
Isi Kandungan
MANFAAT BSN:SMS
Kemudahan BSN: SMS ini memberi manfaat kepada pengguna seperti berikut:
- Mudah. Tidak perlu lagi beratur di bank
- Menyenangkan. Anda boleh membayar bil dengan selesa di rumah sendiri, di tempat kerja, di kafe, di taman, di mana-mana sahaja
- Transaksi yang selamat dan terjamin
KELAYAKAN
Kemudahan ini boleh digunakan oleh pemegang akaun BSN GIRO/ GIRO-i dengan mana-mana daripada yang berikut:
- Kad ATM BSN (Matrix-i, GIRO/ GIRO-i)
- Memiliki telefon bimbit
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan menerusi BSN: SMS:
- Pertanyaan Baki (GIRO/ GIRO-i/ Kad Kredit)
- Pemindahan Dana (Akaun Sendiri/ Pihak Ketiga)
- Pembayaran Bil
- Tambah Nilai Prabayar
- Pembayaran Kad Kredit (Sendiri/ Pihak Ketiga)
- Pembelian SSP
- Pembelian Pin
DAFTAR BSN:SMS
Untuk menggunakan kemudahan perbankan SMS BSN, anda mestilah daftar terlebih dahulu dengan langkah berikut:
- Daftar untuk perkhidmatan: Pergi ke mana-mana Cawangan BSN dan daftarkan nombor telefon bimbit anda
- UAC (4 digit) akan diberikan kepada anda melalui cetakan pada Borang SMP-1
- Apabila pendaftaran berjaya dilakukan, anda akan menerima SMS yang mengandungi M-PIN (6-digit) dan UAC (2-digit)
- Aktifkan perkhidmatan: Masukkan ACTM-PIN 6 digit UAC (4 digit + 2 digit)
- Hantarkan ke BSN: SMS kod pendek (36898), atau 019 2866180 (Celcom), 017 377 6180 (Maxis) dan 014 3386180 (DiGi)
- Mulakan aktiviti perbankan
CARA GUNAKAN KEMUDAHAN PERBANKAN SMS BSN
Untuk menggunakan perkhidmatan perbankan SMS BSN, anda perlu masukkan Kod Transaksi di yang ditetapkan melalui pesanan ringkas SMS dan hantarkan ke BSN (36898).
Berikut adalah senarai kod transaksi mengikut jenis perkhidmatan:
CAJ PERKHIDMATAN
Berikut adalah caj perkhidmatan yang dikenakan bagi setiap kemudahan: