Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •Cara Mohon SIP PERKESO 2026 (EIS): Bantuan Kewangan Jika Hilang Kerja & Peluang Kerja Baharu •SIDDIK 2026: Sumbangan Pendidikan RM100 Anak Muzakki Selangor (Cara Mohon & Syarat) • Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •Cara Mohon SIP PERKESO 2026 (EIS): Bantuan Kewangan Jika Hilang Kerja & Peluang Kerja Baharu •SIDDIK 2026: Sumbangan Pendidikan RM100 Anak Muzakki Selangor (Cara Mohon & Syarat) •

Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan MARA Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • July 6, 2022 • 2 min baca

Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan MARA Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kakitangan Majlis Amanah Raya (MARA) yang dilantik dalam perkhidmatan secara TETAP dipelawa untuk buat permohonan bagi menduduki Peperiksaan Perkhidmatan MARA sesi 2 tahun 2022 bagi pengesahan dalam perkhidmatan, kenaikan pangkat atau faedah kewangan.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian sehingga 5 Ogos 2022 melalui laman web yang disediakan. Calon-calon juga dah boleh muat turun Jadual dan Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan MARA di laman disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut peperiksaan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

PEPERIKSAAN DALAM PERKHIDMATAN

Peperiksaan bagi pengesahan dalam perkhidmatan adalah dibuka dua kali setahun iaitu Sesi 1 dan Sesi 2. Permohonan dibuka bagi:

  • Peperiksaan Perkhidmatan Gred 19
  • Peperiksaan Perkhidmatan Gred 29
  • Peperiksaan Perkhidmatan Gred 41

PEPERIKSAAN KENAIKAN PANGKAT

Peperiksaan bagi kenaikan pangkat dibuka satu kali sahaja setahun. Tawaran peperiksaan kenaikan pangkat adalah bagi:

  • Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat
    – Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV30 sesi 1 tahun 2022
  • Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat
    – Pegawai Latihan Vokasional Gred DV24 sesi 2 tahun 2022

FAEDAH KEWANGAN

Permohonan dibuka satu kali sahaja setahun bagi:

  • Ujian Pengambilan Nota/ Nota Ringkas bagi
    – Setiausaha Pejabat dan Pembantu Pejabat Sesi 1 tahun 2022

MAKLUMAN PENTING PEPERIKSAAN MARA

Berikut adalah beberapa makluman penting yang perlu diambil perhatian:

  • Peperiksaan Perkhidmatan MARA ini terbuka kepada KAKITANGAN MARA yang dilantik dalam PERKHIDMATAN secara TETAP sahaja
  • Pastikan kod peperiksaan diisi dengan betul mengikut gred/jawatan

PERMOHONAN & SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN MARA

Bagi pegawai perkhidmatan MARA yang ingin buat permohonan, anda boleh buat permohonan dan muat turun jadual serta sukatan peperiksaan perkhidmatan MARA tahun 2022 di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan urusan peperiksaan perkhidmatan MARA, anda boleh hubungi Unit Peperiksaan & Pengesahan Bahagian Sumber Manusia di talian 03 26134378/ 26134388 atau alamat emal infopeperiksaan@mara.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.