Pakej Perpaduan: Tawaran Pakej Internet Mudah Alih Dengan Harga Rendah & Kelajuan Tinggi

Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ingin mengumumkan bahawa Pakej Remaja yang ditawarkan sebelum ini untuk remaja berumur 12 hingga 24 tahun telah diperluaskan kepada pelbagai golongan! Golongan-golongan yang disebutkan ini bakal menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi bagi langganan prabayar internet mudah alih berbanding pakej semasa di pasaran .

Kommitmen kerajaan ini dizahirkan dengan pelancaran Pakej Perpaduan iaitu Pakej Prabayar Internet Mudah Alih yang bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan internet merupakan utiliti asas yang diperlukan oleh rakyat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanaan pakej perpaduan prabayar internet mudah alih yang diperkenalkan oleh kerajaan.

PELAKSANAAN PENURUNAN HARGA PAKEJ PERPADUAN

Golongan-golongan yang disebutkan ini bakal menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi bagi langganan prabayar internet mudah alih berbanding pakej semasa di pasaran bermula:

  • Februari 2023

GOLONGAN SASARAN

Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ingin mengumumkan bahawa Pakej Remaja yang ditawarkan sebelum ini untuk remaja berumur 12 hingga 24 tahun telah diperluaskan kepada pelbagai golongan berikut:

  • Belia berumur sehingga 30 tahun
  • B40
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Warga Emas
  • Veteran

5 SYARIKAT PENYEDIA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI

Golongan-golongan ini dapat menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi bagi langganan prabayar internet mudah alih berbanding pakej semasa di pasaran pada Februari 2023.

Penurusan harga ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan oleh 5 syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu:

  • CelcomDigi
  • Maxis
  • U Mobile
  • Telekom Malaysia (TM)
  • YTL Communications

PAKEJ PERPADUAN DITAWARKAN

Pakej Perpaduan dengan harga serendah RM30 ini menawarkan:

  • Peningkatan kelajuan internet mudah alih daripada 1Mbps ke 3Mbps
  • Dengan kuota dinaikkan daripada 20GB untuk 3 bulan (90) hari kepada 30GB untuk tempoh lebih lama iaitu selama 6 bulan (180 hari).
  • Pengguna menikmati penjimatan harga sebanyak 50% berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada hanya RM5 sebulan
  • Pakej ini merupakan pakej asas yang disediakan dan terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.

Kerajaan yakin usaha yang dilaksanakan oleh KKD dengan kerjasama strategik syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan kos sara hidup dan pada masa yang sama memastikan kesalinghubungan digital yang menyeluruh.

Justeru, langkah menurunkan harga ini jelas menunjukkan bahawa keperluan rakyat untuk menikmati perkhidmatan telekomunikasi dengan harga lebih murah dan mampu milik diberi perhatian serius oleh Kerajaan Perpaduan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma