Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Cara Mohon Jawatan Pensyarah MySTEP Di Kolej Komuniti Dengan Minima Diploma

Oleh Cikgu Shaari • August 3, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Pensyarah MySTEP Di Kolej Komuniti Dengan Minima Diploma
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Warganegara Malaysia berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di bawah Program Short-Term Emplument Programme (MySTEP) di Kolej Komuniti dengan status lantikan kontrak.

Individu dengan kelayakan minima Diploma dalam bidang yang berkaitan boleh buat permohonan  melalui email sepanjang tempoh permohonan dibuka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama jawatan: Pensyarah Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
  • Kelayakan: Diploma Terapi Kecantikan
  • Penempatan: Kolej Komuniti Kluang
  • Gaji: RM1,800 sebulan
  • Keperluan: Perempuan sahaja
  • Kemudahan: Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP & PERKESO
  • Tarikh tutup permohonan: 20 Ogos 2022

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Diploma dalam Bidang Terapi Kecantikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya
  • Kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM
  • Mampu bekerja dalam situasi mendesak dan boleh menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan
  • Mempunyai perwatakan dan sikap serta peribadi yang sesuai, menarik dan dinamik
  • Mudah dihubungi di luar waktu pejabat dan bersedia untuk bekerja lebih masa atau menjalankan tugas di luar pejabat apabila diarahkan
  • Bersedia untuk belajar mengenai perkara-perkara berkaitan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh membuat permohonan dengan menghantar dokumen-dokumen berikut:

  • Resume beserta gambar berwarna
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil akademik

Hantar dokumen tersebut ke alamat berikut:

  • admin.kkkj@kkkluang.edu.my

Hanya calon yang layak akan disenarai pendek untuk panggilan temuduga.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.