Penjelasan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar Yang Ramai Salah Anggap. Semua Golongan Boleh Mohon

Setelah berakhirnya moratorium selama enam bulan, Bank Negara Malaysia sedar akan kesukaran yang terus dialami sebahagian peminjam akibat COVID-19.

Institusi perbankan akan terus membantu peminjam yang mungkin menghadapi cabaran dalam memenuhi obligasi kewangan mereka melalui program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA).

Namun berikutan dengan pengumuman pelaksanaan TRA, ramai yang tersalah anggap mengenai beberapa perkara berkaitan TRA. Untuk penjelasan lanjut, baca di bawah.

8 TANGGAPAN SALAH MENGENAI BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BERSASAR

“Tanpa moratorium menyeluruh, peminjam sukar mendapat bantuan”

  • Peralihan daripada moratorium automatik kepada bersasar tidak bermakna bantuan ditarik balik
  • Bantuan terus diberikan kepada yang memerlukan
  • Kini peminjam ada pilihan penyelesaian kewangan yang sesuai dengan keperluan mereka

“Bantuan bayaran balik pinjaman bersasar hanya untuk B40”

Bantuan diberikan kepada SEMUA individu yang terjejas akibat pandemik. Bantuan meliputi:

  • Moratorium
  • Kurangkan kadar ansuran & lanjutan tempoh pinjaman
  • Tukar kepada kemudahan lain (contohnya kad kredit kepada pinjaman bertempoh)

“Bank minta terlalu banyak dokumen”

  • B40: Tidak perlu sebarang dokumen
  • Perusahaan Mikro: Tidak perlu
  • M40: Hanya perlukan pengisytiharan kendiri
  • PKS: Dokumen mudah

“Proses permohonan terlalu lama”

Berikut adalah tempoh pemprosesan:

  • Penerima BSH dan perusahaan mikro: 24 jam
  • Penerima BPN: 5 hari
  • PKS: 14 hari

“Saya tidak dapat memohon kerana PKPD dan PKPB”

  • Bank masih beroperasi
  • Anda boleh memohon melalui beberapa saluran seperti telefon, emel atau secara dalam talian

“Bantuan masih tidak cukup untuk menampung hutang”

  • Anda boleh bincang dengan bank untuk bantuan-bantuan lain
  • Hubungi AKPK untuk bantuan lanjut

“Tiada kos tambahan untuk bantuan bayaran balik pinjaman bersasar”

  • Faedah akan terus dikenakan ke atas amaun ansuran
  • Pertimbangkan pilihan anda dengan teliti
  • Sambung ansuran pinjaman jika anda mampu

“Rekod CCRIS saya akan terjejas”

  • Semua permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar sebelum 30 Jun 2021 tidak akan dipaparkan dalam rekod CCRIS anda

Apakah yang anda boleh lakukan? Ingat 3 langkah ini

  • Hubungi bank anda dahulu:
    Telefon, emel atau semak laman web mereka untuk butiran lanjut
  • Hubungi SKPK untuk dapatkan bantuan atau pilihan pembiayaan alternatif
  • Hubungi BNMTELELINK melalui talian 1300 88 5465 atau bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan

Baca juga: Permohonan Lanjutan Moratorium Bersasar Untuk Tempoh 3 Bulan Atau Pengurangan Ansuran Bulanan 50%

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke www.bnm.gov.my atau lawati laman Facebook rasmi Bank Negara Malaysia.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma