Penjana KPT-CAP@State: Daftar Latihan Kesuhawanan & Skim Pinjaman Mikro Kredit Terbuka Untuk Graduan
Anda graduan yang berminat dalam bidang keusahawanan dan masih menganggur setelah tamat pengajian? Jom sertai latihan keusahawanan dan skim pinjaman mikro kredit terbuka kepada usahawan graduan anak negeri Melaka.
Antara inisiatif PENJANA KPT-CAP@STATE ini adalah untuk membantu graduan anak Melaka bagi mendapatkan peluang pekerjaan menerusi agensi atau anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka dan industri tempatan selepas mengikuti program ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara buat pendaftaran
Isi Kandungan
PROGRAM KEUSAHAWANAN DITAWARKAN
Antara program keusahawanan yang ditawarkan adalah:
- Young Agropreneur Programme
- The Secret of How to Online The Business And Marketing Like Pro
- The Secret of How To Set Up Printing Production Business
- Transformation Business Into E-Commerce Programmed
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan dibuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Anak Melaka yang memiliki kad pengenalan 04/03
- Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti
- Graduan Peringkat Pengajian Sarjana Muda/ Diploma/ Sijil. Graduasi Peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja
- Graduan pada tahun 2019, 2020, 2021 yang masih belum mempunyai pekerjaan
- Belum ditawarkan sebarang program di bawah penjana
FAEDAH PROGRAM
Antara faedah program yang ditawarkan adalah:
- Menawarkan 200 peluang untuk menjadi usahawan beserta sijil latihan kompetensi/ profesional usahawan secara percuma
- Membantu pendaftaran syarikat (SSM)
- Menawarkan Skim Pinjaman Mikro Kredit
CARA DAFTAR
Graduan yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai program ditawarkan boleh buat pendaftaran secara online melalui pautan berikut:
- Graduan 2019 & 2020
http://great.mohe.gov.my/PenjanaKPTv3 - Graduan 2021
https://forms.gle/nqojFcicV8Fh4zyc6
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
- Tel: +60 317 4475
- WhatsApp: +6011 1111 7547
- Emel: instituttunperak@gmail.com