Pengurangan Waktu Bekerja Kepada 45 Jam Seminggu Berkuatkuasa Mulai 1 September
Berita baik buat pekerja di Malaysia! Pekerja di negara ini dibenarkan untuk memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955 berkuat kuasa 1 September 2022.
Pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam juga akan dikuatkuasakan berkuatkuasa mulai September 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengurangan waktu bekerja mingguan yang bakal berkuatkuasa.
Isi Kandungan
PENGURANGAN WAKTU BEKERJA
Pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan adalah:
- daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu
Penguatkuasaan pengurangan waktu bekerja ini akan berkuatkuasa pada:
- Mulai 1 September 2022
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim ketika memberitahu perkara itu di Dewan Negara pada Selasa berkata pindaan itu adalah bagi:
- menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Selain itu, pindaan ini juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel untuk:
- bolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja termasuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19.
Setakat hari ini, tiada cadangan atau libat urus untuk kita tetapkan empat hari bekerja di peringkat kementerian.
PANDUAN PERMOHONAN ATURAN KERJA FLEKSIBEL (AKF)
Berikut adalah panduan buat permohonan Aturan Kerja Fleksibel (AKF):
- Pekerja hanya perlu membuat surat permohonan berkenaan kepada majikan
- Majikan pula perlu memberi jawapan dalam tempoh 60 hari
- Dalam surat jawapan bertulis majikan kepada pekerja, mereka perlu nyatakan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan dengan alasan yang perlu dinyatakan
Dapatkan info lanjut berkenaan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) DI SINI.