Cara Mohon Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA Melalui eConversion

Anda pelajar tajaan MARA yang telah atau bakal tamat pengajian? Tahu tak anda boleh buat permohonan pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA secara online melalui eConversion, iaitu Sistem Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman pelajaran MARA.

Permohonan boleh dibuat oleh peminjam yang berkelayakan dan telah tamat pengajian di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA serta mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran/ Perjanjian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan panduan buat permohonan  Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman pelajaran MARA.

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA dibuka kepada peminjam yang berkelayakan seperti berikut:

  • Pelajar tamat/lulus pengajian;
    i. di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA.
    ii. mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Perjanjian.
  • Tidak bertukar kursus/program atau tempat pengajian kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
  • Tertakluk kepada peminjam yang belum atau tidak pernah menerima sebarang bantuan/pinjaman kewangan dari pihak penganjur yang lain
  • Tiada tunggakan di akaun Pinjaman Pelajaran MARA.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd (disahkan benar). Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan benar).
  • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan
  • Berkanun Kumpulan A dan Penghulu/Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam
  • Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman seperti Majistret/Peguam.
  • Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

CARA MOHON

Hanya 1 permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap Pemohon. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut mengikut panduan disediakan:

Permohonan Pengurangan Pinjaman akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu.

Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang Pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara 2 Tahun atau didenda RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma