Info

Institut Memandu Beroperasi Mulai 9 September Dengan Pematuhan Syarat Ditetapkan

September 8, 2021Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Kementerian Pengangkutan Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin mengumumkan bahawa industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara janji temu mulai 9 September 2021.

Walaupun Institut Memandu (IM) boleh beroperasi mulai 9 September 2021, proses pengujian bagi mendapatkan lesen-lesen memandu berkaitan hanya akan bermula pada 17 September 2021. Tempoh masa ini diperuntukkan kepada pihak IM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bersedia sepenuhnya bagi mengelakkan isu-isu berbangkit yang boleh memberi kesan negatif kepada calon.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut syarat pengoperasian Institut Memandu di seluruh negara.

TARIKH PENGOPERASIAN

Pengoperasian Industri Latihan Pemanduan (ILP) adalah seperti berikut:

  • Tarikh operasi: Mulai 9 September 2021
  • Proses pengujian untuk dapatkan lesen: Mulai 17 September 2021

SYARAT PENGOPERASIAN

Kebenaran yang telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini tertakluk kepada pematuhan perkara-perkara berikut:

  • Pematuhan sepenuhnya ke atas SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa yang berkuatkuasa
  • Pekerja, tenaga pengajar dan calon yang telah lengkap menerima vaksin dengan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 dan kad pengenalan sebagai pembuktian
  • Syarikat hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja berdasarkan peratusan pekerja yang telah lengkap menerima vaksin
  • Pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, penjarakan fizikal, pemakaian pelitup separuh muka dan penyediaan hand sanitizer

Baca juga: Harga Daftar Lesen Memandu Kereta & Motosikal Terkini

KAPASITI PEKERJA

Syarikat hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja berdasarkan peratusan (%) pekerja yang telah lengkap menerima vaksin.

MORATORIUM PEMBAHARUAN PERMIT IM

Memahami dan prihatin dengan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pengendali IM akibat pandemik Covid-19, MOT memutuskan pemberian moratorium selama 3 bulan iaitu sehingga 30 November 2021 bagi keperluan pembaharuan permit IM bagi mana-mana yang tempoh sah laku permitnya telah tamat di antara bulan.

Diharapkan dengan pengoperasian semula ILP ini dapat memberi kelegaan kepada pengusaha-pengusaha ILP atau IM, tenaga pengajar dan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan berkaitan.

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda