Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Diperkenal Semula Kepada Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Berita baik buat graduan, siswazah yang bakal bergraduasi dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda! Perdana Menteri pada 27 Julai 2022 telah memaklumkan akan memberi semula pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada siswazah Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama mulai 2019.
3.67 juta Keluarga Malaysia telah dibantu bagi teruskan pengajian dengan keseluruhan pinjaman berjumlah RM66.87 bilion sehingga kini. Pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama akan diberikan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengenalan semula pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada ijazah sarjana muda kelas pertama.
Isi Kandungan
PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
Seperti dimaklumkan, pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN akan memberi manfaat kepada:
- Pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama yang bergraduasi bermula 2019
- Keistimewaan ini diberi tidak mengira status ekonomi, bangsa dan agama
Pengenalan semula pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN ini adalah sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.
Kerajaan berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara ini dari segi peruntukan yang terlibat. Perdana Menteri juga menasihati peminjam PTPTN untuk lunaskan pinjaman agar proses pinjaman kepada peminjam lain tidak tertangguh.
SYARAT PENGECUALIAN BAYARAN BALIK TERDAHULU
Berikut adalah syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman yang terdahulu:
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;
- Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
- Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;
- Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen; dan
- Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik
Baca juga: Syarat CGPA Yang Layak Dapat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mengikut Universiti
Maklumat lanjut berkenaan pengenalan semula pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN akan menyusul